CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 1, 2009

~penat lelah sahajakah yang aku dapat? :(


solat itu mencegah kemungkaran. sungguh,tiade alasan lain untuk menidakkannye. kan?tetapi,pernahkah kite terfikir,hatta ramai yang melaksanakan rukun islam yang kedue ini,tetapi tetap tidak segan silu bergelumang dengan maksiat.maksiat mate,maksiat mulut,maksiat perbuatan.segale macam maksiatlah!*astaghfirullah..semoge di jauhkan dari semue ini.amin.*

tidak payah menuding jari jauh. aku sendiri juge begitu.walaupun siang malam bersujud dan merukuk,tetapi saban hari mulutku masih juge terus menerus tidak terjage .hati penuh noda.pandangan mate pule tak payah cerite! *isk..isk..:(* acap kali juge,aku terfikir. adekah solat aku ini tidak di terime sehingga ia tidak memberi kesan yang sebenar dalam diriku? atau,sebenarnye..aku melakukan solat bukan kerane Allah? andai solat di lakukan kerane perasaan riak,kerane mahu menunjuk,kerane rase malu(pade manusie),kerane rase terpakse.. make,kerane itulah sebanyak mane pun,kite solat..tidak akan mendatangkan ape-ape kebaikan.ya,itu kate ibuku.

pesan ibu tidak pernah aku hiraukan sehinggalah baru-baru ini.kesungguhan kawan rusiaku,zainab dalam mempelajari solat dan keinginannye semate-mate kerane Allah benar-benar menyentuh hatiku. lagikan beliau yang tiade asas agama yang kukuh dan tidak tahu mengaji mahu solat kerane ALLAH tetapi kenape tidak aku??*astaghfirullah* semenjak itu,setiap kali aku bangun untuk menunaikan solat..aku mulai dengan bertanye kepade diri..apekah aku mahu mendapat ganjaran kekal di syurge atau aku mahu penat lelah yang sia-sia? untuk kalian pule,tepuk dada..tanye selera! :))


:: maksud bacaan dalam solat ::

1. Takbiratul-Ihram
iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain dan diucapkan tanpa rasa was-was.”Allah Maha Besar”

2. Doa Iftitah
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

3. Al-Fatihah
“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam”
“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Raja bagi hari pembalasan”
“KepadaMu kami menyembah,dan kepadaMu kami meminta pertolongan”
“Tunjukkan kami jalan yang lurus”
“Iaitu jalan org yg Engkau telah kurniakan nikmat kpd mereka,bukan (jalan) org2 yg telah Engkau murkai,dan bukan pula (jalan) org2 yg sesat”

4. Bacaan ketika rukuk:
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya."

5. I’tidal
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
“Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”

6. Bacaan ketika sujud
"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya."

7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”

8. Tahiyyat Awal:
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

9. Tahiyyat akhir/Tasyahud akhir.
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”

10. Salam : Sekurang-kurang salam ialah “Assalamu’alaikum” bermaksud:
“salam sejahtera ke atas kamu.”

Doa Qunut:
“Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan.
Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku.
Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau.
Maka hanya untuk Engkau tetapkan.
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan.”




[Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].]

p/s: mak selalu kate..kalo org tu still buat maksiat walaupun semayang..kene check balik solat die.... semoge Allah permudahkan kite semue dalam menjalan ibadah semate-mate keraneNya..insyaAllah.. :)