CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 29, 2010

~PENGEBOMAN di MOSCOW-tempiasnya pada kami!

semalam ahad,aku singgah di masjid prospek mira setelah hampir 2 bulan tidak ke sana.aku rindu sekali untuk berjumpe dengan saudara-saudara seislamku di moscow.namun,entah kenapa,perasaanku sedikit lain.berbelah bagi.sepertinya ade keberatan untuk tidak pergi."mahu ke sana,ataupun tidak?" berulang-ulang pertanyaan itu bermain di ruang benakku..kemudian,cepat-cepat ku sedari barangkali ini sekadar bisikan syaitan yang sengaja mahu melalaikan, terus...pulang sahaja dari gym aku ke stesen metro park kulturi untuk menukar tren ke prospek mira.

dan,pagi tadi..subhanallah.sedang aku bersiap-siap untuk ke kelas,roomateku,fatin memberitahu letupan di metro lyubyanka dan metro park kulturi baru sahaja berlaku. astaghfirullah hal azim. aku mengucap panjang.terkedu.baru semalam aku seorang diri pulang pada jam 9.30 mlm dari stesen tersebut. jarang sekali aku merasa ketakutan yang teramat di sini,tetapi letupan bom metro kali ini benar-benar menggerunkan!



bagai sudah tiada pesalah lain,kes letupan kali ini sekali lagi dituding jari kepada puak pemisah chechnya.kerana nila setitik,habis susu sebelanga. tempiasnya,kami yang berhijab penuh dipandang jelek dan penuh curiga.malah,baru sahaja aku mendapat berita bahawa 5 saudara wanita seislamku di belasah di stesen metro! apakah sudah hilang peri kemanusiaan mereka ini? apakah kerana kami MENGANUTI ISLAM,maka,ini menjadi tiket untuk mereka berbuat sewenang-wenangnya?

sama sekali mereka itu buta.mereka itu tuli.mereka itu terkunci pintu hati.sungguh,letupan ini bukan atas dasar keganasan,tetapi ia lebih dari itu. ini adalah fitnah kepada ISLAM. seperti mana 9/11,fitnah terhadap ISLAM tidak akan pernah padam selagi tidak tertegak DAULAH ISLAMIYAH. senario yang melanda umat islam seluruh dunia hari ini-disembelih hidup-hidup(ambon),di tetak(allahyarhamah Marwa di jerman),di rogol(bosnia dan chechnya),di bunuh(palestin)...mengingatkanku tentang zaman mula kedatangan islam dahulu.betapa ramai sahabat di seksa demi kecintaan pada Islam sehingga ada yang gugur kerana mempertahankan kalimah syahadah.

jelas,dunia kita kini diibaratkan sama seperti 1500 tahun dahulu. seperti mana ISLAM asing dahulu,ia juga asing kini. namun,percayalah wahai saudara seislamku,andai kite tetap berpegang teguh dengan Al-Quran dan as Sunnah,biarlah berbedil peluru mereka lontar pada kita,biarlah bertetak-tetak parang ditikam pada kita,biarlah berkomplot-komplot mereka memulau kita,yang penting.....hati kita akan tetap tenang dan penuh tawakkal,kerana pergantungan kita hanya pada Allah. ingatlah,nikmat org kafir adalah di dunia,tetapi nikmat mukmin adalah di akhirat dan ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI MAHA KUASA!! ~ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

["Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". [2:120] ]


p/s: sebelum ni bom in 2004 near our anatomy department,and now just 2 stations from our hostel and the stations memang kitorang gune utk ke kelas.. dugaan2..awak awak yang tengah bace ni,doakan kami ye! :)

0 comments: