CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

~dalam diam,hati berbisik.


diam-diam kite mengambil wudhuk itu,ape kate kite berbisik sedikit due kepade Allah.mudah-mudahan,dipermudah urusan dunie dan akhirat.. :))

*petikan di copy dari notes saudara fairuz hafizan..*

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putih dan cerahkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mashyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mashyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Friday, September 25, 2009

~guidance in choosing.. :)



the fear of being rejected has always become the prime excuse of not pursuing the longing love.yes. most of us feel that way,right? *saye tak pnah la tapii.. :D:D:D* just 2 days ago,my dear friend was having the same dilemma like most of us had/has. not too long after meeting back her childhood friend,she accidentally develop the butterfly in the stomach feeling for her friend.*hehe..tak tau la..jatuh chentakah itu? :P* he was potrayed as a goodlooking decent guy who will soon become a doctor whereas she downheartedly felt that she doesnt match his standard in both attractiveness and profesional wise.......(tapi,senanye..kene confident juge kan? :))

so,that was when she seeked my advice.. she has only 2 choice: whether spontaneously approach him and have the risk of getting embarrased or perhaps just leave him out of the option and find someone else that belongs in her league.

upon hearing this,i smiled,knowing exactly how she felt as most people with love problems will confide in me.* saye bukan dr chenta..saye dr merawat org sakit..tapi,sronok juge jadi dr due2!! :D* i suggested her to do the istikharah solaah as i have experienced myself and knew how amazing it was. by performing istkharah and putting our faith wholly on Allah, every choice that we make will benefit not only here,but in the akhirah as well....insyaAllah... :))


:: cara-cara solat istikharah ::

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:-
-Tidakkan menyesal orang yang beristikharah
Sabda Nabi:”Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).
- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?

Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?

Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara beristikharah:

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.


-from my own experience,i do solat taubah prior istikharah and fast few days. recite Al-quran and understand its meaning. make sure your heart does not have any tendency to either and the most significant sign is the calmness and your instinct. :) selamat mencube! :D



[ "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadenya,dan dijadikan-Nyadi antaramu rasa kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir" 30:21 ]


p/s: tak semestinye sebb jodoh je..kalo nak pilih keje ke,nak pegi ke mane-mane ke..even,nak decide beli ape2 pun! tapi,saye tak pnah lagi buat istikharah dalam bab shopping2 niee.. :P:P:P

Wednesday, September 23, 2009

~a gift for muslim bride...


these days,i've been busy reading motivational books on how to become a pious wife and a great mother...*blush3 :P* owh,please..dont roll your eyes to me! i know...i know.. i sounded abnormal huh? hehe.but,listen here..i'm reading just for pure pleasure and does not signify to ANYONE or ANYTHING in the nearing time....*jgn gossip2 ya! :)* afterall, who knows these info may become handy when the right time comes right? :P:P:P (kalo tak bace skrg,ble lagi..nnt da jd doktor,sibuk nak menghafal protocol hospital! .. huhu.. :P)

~ 6 advices from a SAUDI ARABIAN artist for every muslim wife in the world....(taken from the must read book-a gift for muslim bride)

the first advice

my beloved daughter! lead a life of contentment. be content even with simple food. the dry bread and water eaten with contentment is better than a sumptous meal eaten after your persistent complaints forced him to grudgingly provide it for you.

the second advice

my beloved daughter! always listen attentively to what your husband says,give importance to what he says and do as he says. in this manner,you will soon win a placein his heart because it is not really a person is beloved,but what the person does that is most loved.

the third advice

my beloved daughter! be his confidante and never disobey him. if you disclose his secrets, he will lose trust in you and if you disobey him, you will not be safe from his wrath.

the fourth advice


my beloved daughter! never display your happiness when he is grieved i.e share his sorrow. never reveal any hidden grief when he is happy and never complain about any of his qualities. be happy when he is happy(never spoil his happiness) because you will then be counted among those who bring sadness to his heart.

the fifth advice

my beloved daughter! if you want him to honour you, you should have great respect for him and do as he pleases. he will then also be your best companion throughout every stage of your life.

the sixth advice

my beloved daughter! guard this advice with your life.the bud of happiness will not blossom in your life unless you supress the desires of your heart to please him and you prefer him above yourself in every situation.




~SUBHANALLAH....semoge satu hari nanti, aku dapat suami begini juge..amin.. :))

[Allah has made the wife a garment of her husband and vice versa..]


p/s: teringat bedah ketawe terbahak2 tengok aku bace buku nie kat lecture med law sementare tunggu lecturer....kateku..." orang lain sibuk cari boyfren sebb nak kawen,tapi..kite lak bace buku nie.. " lain org,lain care..kn? :P:P:P

Wednesday, September 16, 2009

~semakin lame,semakin aku bahagie.. :))



ramadhan kali ini,terase sungguh rezeki yang Allah beri,datang tidak henti-henti. bermule dengan hidangan demi hidangan dari teman-teman serumah[yang mane tika itu aku kesengkekan wang selame seminggu akibat membeli emas di dubai.. :P]kemudian-disusuli pule dengan penjualan kesemua selendang-selendang sehinggakan tidak termampu aku memenuhi semua permintaan! *ALHAMDULILLAH..sangat terharu... isk..isk.. *


belum pun sempat aku memanjat kesyukuran sehabis-habisnya,sekali lagi aku terharu dengan rezeki yang dicurahkan Allah. tanpa angin bertiup,tanpa pohon bergoyang, aku menerime sejumlah wang dari seorang muslimah russia yang terserempak denganku di jalanan! berbekalkan alasan mahu membalas budi kerane menolongnye menterjemah bahasa inggeris,beria-ia beliau memberi dan aku,antara mahu atau tidak..terpakse juge menerimenye....tak di sangke-sangke kan?? ya,itulah kuasaNya. Dia sahajalah Pemberi Rezeki dan kepadeNya sahaje kite harus bersujud. dan,semakin kite menyedari nikmat semua dariNya,semakin itulah hati kite bahagie... (tak semestinye perlu berpakwe untuk bahagie! ) *wink3* :P

dan gambar-gambar di bawah ini..di ambil ketike kami semua sama-sama berbuke puase di embassy dan di rumah auntie arfah...Ya Allah,besarnye kurniaan Engkau kepade kami..
















PETIKAN DARI ANIS~

20 Amalan Murah Rezeki



1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. ~~~

p/s: nak buat umh terbuke lah nnt....nak masak ape yeh? rase macam nak buat karipap pusing! teringin bebenoorr.. :P

~please dont judge me... :P



i am indeed frustrated of myself. i've been setting some resolution plans for this ramadhan.to be a better person.to be the new not-so-emotional maryam. the one that can still smile no matter what she saw,or what 'they' did.yes,u're right! i'm dying to be the forgiving party and not the resenting person...... * am i trying too hard? :P *

then,suddenly...DANG!! i saw that public display of affection picture...*********** and ******** *that love bird..URGH~* ! in a split of second,i lost control.*skrg baru menyesal ok..haihh..:(* i reacted like i used to do few months ago(well,u know how..changing status,display pictures..and stay invisible as long as i want.. hehe) and listen to those depressing songs till i fall asleep......imagining myself dying alone with no chance of having someone truly in love with me...*sambil air mate jatuh,sebutir due* ...yeah,dont remind me..i know its PATHETIC! *okay,sgt malu.. ish3..*


but the great part about this whole thing is... i knew exactly what the antidote for it.*:D:D:D* since i've been doing this unintentionally for the past one year,i knew myself so well to stop the blues. so, after dozing off for almost 2 hours while my ears were plugged with the song "munajat cinta", i woke up and prayed. yeah, PRAYING IS AN EXCELLENT MEDICINE TO GRIEVE! my mum suggested to me that,whenever i feel like talking my misery out,let ALLAH know by performing tahajud. plead to ALLAH. cry to Allah. for, only He will stay with us and to Him we should seek help....and,trust me- IT WORKS!! alhamdulillah~ :D:D:D:D


[.... "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." 12:86 ]


p/s: saye tidak menstalk ok? jangan salah sangke..terjumpe dengan klik je.. :P:P:P

Thursday, September 10, 2009

~tombo ati... :))

sementare menunggu conference paediatric infectious,aku terjumpe video ini. cukup menyentuh hati yang sering lalai dan tergelincir dari jalan yang benar...(semoge tetap hati kite hanya untukNya.. aminn.. :) )


[hidayah Allah itu harus terus di cari,dan bukan menunggu jatuh ke riba sahaje.. ]

Saturday, September 5, 2009

~kamu bijak ye? mari kite check..... :))~~



semalam,usai berhubung dengan khodijah,aku di tegur seorang sahabat alam maya.memandangkan beliau adelah antare yang arif dalam isu agama,aku sering tidak melepaskan peluang untuk bertanye serba serbi. al maklumlah,ilmu agamaku masih jauh jika dibandingkan sisa-sisa umur yang tinggal.andai diikut perhitungan dan perbandingan dengan pemergian ustaz asri rabbani,aku hanye mempunyai 18 tahun sahaje untuk hidup! ahh....TERLALU SINGKAT,bukan? pejam-pejam celik,aku sudah pun berusie 22 tahun.dan pejam-pejam celik juge,barangkali nyawaku sudah pun sampai ke kerongkong!(ohhh...sangat takut ingat pasal matiii.... :( semoge kite semua akan dipermudah sakaratul maut dan meninggal dalam iman.. ameeen~~ )


aku teringat kata-kata tokcik tempoh hari.."kte ni,kene ingat mati 25 kali sehari...." aku tersentap. sebut sahaje mati,semacam darah menyirap terus ke otak seperti mane perasaan apabile kesejukan melampau. kemudian terngiang-ngiang pule di telinge perbualan antare aku dan ayah sebelum aku pulang ke bumi moscow.. "maryam,maryam kene jage ape kat sane nanti? " tanye ayahku penuh kelembutan.. "jage solat,jage hati,ayah.." aku membalas dengan penuh sebak. entah kenape,aku menjadi pilu ketika itu. seingatku,tidak pernah ayah bertanye sebegitu... "tak maryam. yang paling penting,kite kene jage iman..kalo iman,dah jage,yang lain-lain pun terjage juge.. betul tak? ".. aku mengangguk,setuju. ayah menyambung lagi.. "maryam,ayah mintak maaf ye salah silap..kalo ayah tak sempat nak berjumpe lagi dengan maryam lepas ni.." kali ini,satu per satu air mataku gugur..di ruang mate sudah terbayang kesedihan yang bakal menyelubungi... "ayah ni,janganlah cakap macam tu.. kan nanti maryam balik,maryam jage ayah.....dah la ayah,jangan la cakap pasal mati lagi,ok?"
walaupun aku tahu kematian itu janji Allah,namun aku masih mahu berdalih.


tapi,kenape ya? kenape manusie ini,apabile berbicare tentang ajal dan maut,terus kecut perut, meremang bulu roma? sedangkan kematian itu adelah sesuatu yang benar-benar pasti. benar-benar jelas. tidak payah rasenye melihat jauh. contohnye,aku sendiri. setiap kali aku teringat tentang mati,aku sering bertanye sendiri..."sudah terampunkah dosa-dosaku?sempatkah aku mengucap syahadah? cukupkah amal aku selame ini? diterima Allahkah? ohhhh.....pening kepalakuu..terlalu sesak.terlalu rumit! sehingga sampai ke satu tahap aku tidak mahu terus berfikir! (lebih2 lagie waktu ingat terlalu banyak dosa kat mak ayah....isk..isk..isk... :( )

namun,sekali lagi aku terdetik. bijakkah tindakan aku ini? terus hidup ibarat dunie ini tiade berpenghujungan. terus kekal dan selamenye kite akan bernyawa. TIDAK SAMA sekali.andai kite hidup tanpe memikirkan tentang mati,kite akan sanggup berbuat ape sahaja. halal,haram-TIADA BEZANYE. andai kite hidup tanpe percaye ajal dan maut,kite bisa menyakiti sesiape sahaje,kerane kite tahu,kite punye banyak mase untuk bercinte semula.dan,andai benar kite yakin bahawe malaikat tidak akan meragut nyawa,kite akan TAKBUR,ANGKUH DAN SOMBONG dengan ALLAH..... kerane kite sudah bulatkan hati kite tidak akan kembali kepadeNYA.......BETULKAN??? *nauzubillah.. :(* maka,sebab itulah.. aku mahu menjadi sebijak-bijak manusie.yang meninggalkan perkara yang dilarangNYA dan berlumbe-lumbe menuruti suruhanNYA.kerane,JANJI ALLAH itu sentiase BENAR! setiap yang hidup akan mati,dan akan dikembalikan kepadeNYA....


[Dan di antara mereka ada orang yang berdo'a:"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka". 2:201 ]


Pergi Tak Kembali - Rabbani

p/s: mak selalu pesan,jangan buat maksiat..takut meninggal waktu tengah buat maksiat.. nauzubillah.. :/