CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 17, 2010

juga mahu menjadi cantik! :)



[''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. ]


p/s: semoge kite terus berusaha menjadi cantik menurut islam. amin! :))

Tuesday, February 16, 2010

maaf kamu,tolonglah pergi!!


betullah,mulut ibu memang masin.ketika zaman usia remaja dahulu,leteran emak tentang pergaulan dan konsep kerkawan tidak langsung kuhiraukan.malah,lagi emak melarang,lagi itulah aku melawan.*ampunkan dosaku ya Allah.. :(* akibat pebuatan jahiliyah aku itu,kini aku terpaksa mendepani masalah itu lagi. emak banyak kali berpesan kepadeku supaya membaca surah 3 qul setiap malam agar terpelihara dari kejahatan atau hasad dengki manusie yang hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati mereka. pesan ibu terngiang-ngiang kembali di telinga apabila aku sendiri merasa tidak sedap hati dengan gangguan seseorang yang pernah menjadi sejarah dalam hidup ku.

dan tujuan aku menulis entri ini SEKALI LAGI adalah khas buat kamu kamu yang menjadi sejarahku.maaf,barangkali caraku agak drastik atau tidak diterima oleh kalian,namun ini sahaja cara yang terbaik ku fikir untuk menoktahkan setiap kenangan yang tidak halal itu. usah di kata mahu kembali berkawan kalau berkawan itu tidak mendatangkan kebaikan. usah di kata mahu kembali berkenalan andai berkenalan itu menghampirkan aku kepada penzinaan. keputusan aku sudah tetap,maka usah lagi beralasan!!. aku bukan lagi MARYAM SAKINAH yang engkau kenali,bukan juga seorang wanita biasa yang engkau temui.yang pasti,percayalah. ini adalah yang terbaik buat aku. dan sudah pasti buat kamu juga!

["Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan (Ammarahh Bissu’), kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang." 12:53]

p/s: ikut pengalaman laa...laki nii cepat salah faham.. kalo senyum,kata suka.kalo mesra kate jatuh cinta.sedangkan,dalam hatiku ni.. hanya Allah sahaja yang tahu! tapi,takle salahkan lelaki jee..jadi,saye juge kene jage dirii supaye tak timbul fitnah lagiii.. ^_^

Friday, February 12, 2010

12 FEBRUARY 1949.terkesankah kita?

12 FEBRUARI 1949.barat fikir,dengan membunuh mujahid abad ini-imam syahid hassan al banna,mereka mampu menggantikan yang hak dengan yang batil. memilih zalim dari yang adil.menyekat manusia kembali kepade al-quran and as sunnah.

sama sekali TIDAK!! hatta jasad allahyarham telah terkubur,namun fikrahnya terus hidup dalam hati mukmin-mukmin yang tetap. tidak goyah apatah lagi luntur.apakah mereka tidak mengetahui bahawa ses1apa yang berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh tidak akan putus? (2:256)








["Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [33:23-24] ]


p/s: semoge Allah tempatkan mereka yang syah1d d1 jalanNya, syurga. am1n. :)

belajarlah dari kesilapanku.


"maryam,mak takutlah tengok awak ni berboyfren-boyfren sane sini.awak kate kawan-kawan je,tapi awak tak tahu hati lelaki ni maryam.awak kate kawan,die ingat lain." risau ibuku melihatkan anak gadisnye bertukar kawan seperti bertukar baju. kisah jahiliyahku kusimpan rapi,namun dengan kecanggihan teknologi zaman kini,zatu per satu 'kesilapan'ku muncul dan satu per satu juga bagai menuntut kenangan yang lalu. maaf,bukan aku sombong.tetapi aku rasa dengan menyepikan diri dan hidup kerana Allah,itu yang terbaik buat aku.dan, buat kamu kamu juga.

aku menulis di sini bukan mahu mendabik dada jauh sekali membuka aib sendiri. tidak. alhamdulillah,bersyukur aku kepadeMu,ya Allah,aku semakin kuat untuk menapis cinta yang tidak halal bagiku. dan aku mahu kalian juga begitu. sudah terang lagi bersuluh,tiada manfaat dari hubungan yang terlarang itu. barangkali hati kembali berduka atau ada yang bakal terluka. tetapi, yang lebih aku risau adalah ALLAH yang akan MURKA. apakah berbaloi ku gadaikan cintaku padaNYA untuk seseorang yang mungkin kembali berdusta??

[Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Al-Isra' ayat 32]


p/s: ya Allah,dekatkan hatiku pade orang yang membawa kebaikan dunie dan akhirat buatku dan jauhkanlah aku dari orang yang membawa keburukan kepade agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku. dan,tetapkanlah hatiku hanye keraneMu, ya Allah. amin.. :)