CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 12, 2010

belajarlah dari kesilapanku.


"maryam,mak takutlah tengok awak ni berboyfren-boyfren sane sini.awak kate kawan-kawan je,tapi awak tak tahu hati lelaki ni maryam.awak kate kawan,die ingat lain." risau ibuku melihatkan anak gadisnye bertukar kawan seperti bertukar baju. kisah jahiliyahku kusimpan rapi,namun dengan kecanggihan teknologi zaman kini,zatu per satu 'kesilapan'ku muncul dan satu per satu juga bagai menuntut kenangan yang lalu. maaf,bukan aku sombong.tetapi aku rasa dengan menyepikan diri dan hidup kerana Allah,itu yang terbaik buat aku.dan, buat kamu kamu juga.

aku menulis di sini bukan mahu mendabik dada jauh sekali membuka aib sendiri. tidak. alhamdulillah,bersyukur aku kepadeMu,ya Allah,aku semakin kuat untuk menapis cinta yang tidak halal bagiku. dan aku mahu kalian juga begitu. sudah terang lagi bersuluh,tiada manfaat dari hubungan yang terlarang itu. barangkali hati kembali berduka atau ada yang bakal terluka. tetapi, yang lebih aku risau adalah ALLAH yang akan MURKA. apakah berbaloi ku gadaikan cintaku padaNYA untuk seseorang yang mungkin kembali berdusta??

[Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Al-Isra' ayat 32]


p/s: ya Allah,dekatkan hatiku pade orang yang membawa kebaikan dunie dan akhirat buatku dan jauhkanlah aku dari orang yang membawa keburukan kepade agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku. dan,tetapkanlah hatiku hanye keraneMu, ya Allah. amin.. :)

3 comments:

~YuN~ said...

alhamdulillah.....mkcik jgn rso,k...anak makcik ni dah baik da.....hehe

afiqawe said...

insya Allah, kisah2 jahiliyah dahulu itu akan dapat membantu kita untuk membencinya daripada kita mengulanginya...

Salah satu halawatul iman itu kan kita membenci daripada melakukan perkara-perkara yang membolehkan diri ini kembali jatuh ke lubang jahiliyah...

peesee86 said...

yun: eyh.. aku belum baik lagi.. malah jauhh lagi perjalananku menjadi seorang yang baik..huhu

afiqawe: :) terime kasih..