CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 29, 2010

~PENGEBOMAN di MOSCOW-tempiasnya pada kami!

semalam ahad,aku singgah di masjid prospek mira setelah hampir 2 bulan tidak ke sana.aku rindu sekali untuk berjumpe dengan saudara-saudara seislamku di moscow.namun,entah kenapa,perasaanku sedikit lain.berbelah bagi.sepertinya ade keberatan untuk tidak pergi."mahu ke sana,ataupun tidak?" berulang-ulang pertanyaan itu bermain di ruang benakku..kemudian,cepat-cepat ku sedari barangkali ini sekadar bisikan syaitan yang sengaja mahu melalaikan, terus...pulang sahaja dari gym aku ke stesen metro park kulturi untuk menukar tren ke prospek mira.

dan,pagi tadi..subhanallah.sedang aku bersiap-siap untuk ke kelas,roomateku,fatin memberitahu letupan di metro lyubyanka dan metro park kulturi baru sahaja berlaku. astaghfirullah hal azim. aku mengucap panjang.terkedu.baru semalam aku seorang diri pulang pada jam 9.30 mlm dari stesen tersebut. jarang sekali aku merasa ketakutan yang teramat di sini,tetapi letupan bom metro kali ini benar-benar menggerunkan!



bagai sudah tiada pesalah lain,kes letupan kali ini sekali lagi dituding jari kepada puak pemisah chechnya.kerana nila setitik,habis susu sebelanga. tempiasnya,kami yang berhijab penuh dipandang jelek dan penuh curiga.malah,baru sahaja aku mendapat berita bahawa 5 saudara wanita seislamku di belasah di stesen metro! apakah sudah hilang peri kemanusiaan mereka ini? apakah kerana kami MENGANUTI ISLAM,maka,ini menjadi tiket untuk mereka berbuat sewenang-wenangnya?

sama sekali mereka itu buta.mereka itu tuli.mereka itu terkunci pintu hati.sungguh,letupan ini bukan atas dasar keganasan,tetapi ia lebih dari itu. ini adalah fitnah kepada ISLAM. seperti mana 9/11,fitnah terhadap ISLAM tidak akan pernah padam selagi tidak tertegak DAULAH ISLAMIYAH. senario yang melanda umat islam seluruh dunia hari ini-disembelih hidup-hidup(ambon),di tetak(allahyarhamah Marwa di jerman),di rogol(bosnia dan chechnya),di bunuh(palestin)...mengingatkanku tentang zaman mula kedatangan islam dahulu.betapa ramai sahabat di seksa demi kecintaan pada Islam sehingga ada yang gugur kerana mempertahankan kalimah syahadah.

jelas,dunia kita kini diibaratkan sama seperti 1500 tahun dahulu. seperti mana ISLAM asing dahulu,ia juga asing kini. namun,percayalah wahai saudara seislamku,andai kite tetap berpegang teguh dengan Al-Quran dan as Sunnah,biarlah berbedil peluru mereka lontar pada kita,biarlah bertetak-tetak parang ditikam pada kita,biarlah berkomplot-komplot mereka memulau kita,yang penting.....hati kita akan tetap tenang dan penuh tawakkal,kerana pergantungan kita hanya pada Allah. ingatlah,nikmat org kafir adalah di dunia,tetapi nikmat mukmin adalah di akhirat dan ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI MAHA KUASA!! ~ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

["Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". [2:120] ]


p/s: sebelum ni bom in 2004 near our anatomy department,and now just 2 stations from our hostel and the stations memang kitorang gune utk ke kelas.. dugaan2..awak awak yang tengah bace ni,doakan kami ye! :)

Wednesday, February 17, 2010

juga mahu menjadi cantik! :)



[''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. ]


p/s: semoge kite terus berusaha menjadi cantik menurut islam. amin! :))

Tuesday, February 16, 2010

maaf kamu,tolonglah pergi!!


betullah,mulut ibu memang masin.ketika zaman usia remaja dahulu,leteran emak tentang pergaulan dan konsep kerkawan tidak langsung kuhiraukan.malah,lagi emak melarang,lagi itulah aku melawan.*ampunkan dosaku ya Allah.. :(* akibat pebuatan jahiliyah aku itu,kini aku terpaksa mendepani masalah itu lagi. emak banyak kali berpesan kepadeku supaya membaca surah 3 qul setiap malam agar terpelihara dari kejahatan atau hasad dengki manusie yang hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati mereka. pesan ibu terngiang-ngiang kembali di telinga apabila aku sendiri merasa tidak sedap hati dengan gangguan seseorang yang pernah menjadi sejarah dalam hidup ku.

dan tujuan aku menulis entri ini SEKALI LAGI adalah khas buat kamu kamu yang menjadi sejarahku.maaf,barangkali caraku agak drastik atau tidak diterima oleh kalian,namun ini sahaja cara yang terbaik ku fikir untuk menoktahkan setiap kenangan yang tidak halal itu. usah di kata mahu kembali berkawan kalau berkawan itu tidak mendatangkan kebaikan. usah di kata mahu kembali berkenalan andai berkenalan itu menghampirkan aku kepada penzinaan. keputusan aku sudah tetap,maka usah lagi beralasan!!. aku bukan lagi MARYAM SAKINAH yang engkau kenali,bukan juga seorang wanita biasa yang engkau temui.yang pasti,percayalah. ini adalah yang terbaik buat aku. dan sudah pasti buat kamu juga!

["Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan (Ammarahh Bissu’), kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang." 12:53]

p/s: ikut pengalaman laa...laki nii cepat salah faham.. kalo senyum,kata suka.kalo mesra kate jatuh cinta.sedangkan,dalam hatiku ni.. hanya Allah sahaja yang tahu! tapi,takle salahkan lelaki jee..jadi,saye juge kene jage dirii supaye tak timbul fitnah lagiii.. ^_^

Friday, February 12, 2010

12 FEBRUARY 1949.terkesankah kita?

12 FEBRUARI 1949.barat fikir,dengan membunuh mujahid abad ini-imam syahid hassan al banna,mereka mampu menggantikan yang hak dengan yang batil. memilih zalim dari yang adil.menyekat manusia kembali kepade al-quran and as sunnah.

sama sekali TIDAK!! hatta jasad allahyarham telah terkubur,namun fikrahnya terus hidup dalam hati mukmin-mukmin yang tetap. tidak goyah apatah lagi luntur.apakah mereka tidak mengetahui bahawa ses1apa yang berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh tidak akan putus? (2:256)








["Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [33:23-24] ]


p/s: semoge Allah tempatkan mereka yang syah1d d1 jalanNya, syurga. am1n. :)

belajarlah dari kesilapanku.


"maryam,mak takutlah tengok awak ni berboyfren-boyfren sane sini.awak kate kawan-kawan je,tapi awak tak tahu hati lelaki ni maryam.awak kate kawan,die ingat lain." risau ibuku melihatkan anak gadisnye bertukar kawan seperti bertukar baju. kisah jahiliyahku kusimpan rapi,namun dengan kecanggihan teknologi zaman kini,zatu per satu 'kesilapan'ku muncul dan satu per satu juga bagai menuntut kenangan yang lalu. maaf,bukan aku sombong.tetapi aku rasa dengan menyepikan diri dan hidup kerana Allah,itu yang terbaik buat aku.dan, buat kamu kamu juga.

aku menulis di sini bukan mahu mendabik dada jauh sekali membuka aib sendiri. tidak. alhamdulillah,bersyukur aku kepadeMu,ya Allah,aku semakin kuat untuk menapis cinta yang tidak halal bagiku. dan aku mahu kalian juga begitu. sudah terang lagi bersuluh,tiada manfaat dari hubungan yang terlarang itu. barangkali hati kembali berduka atau ada yang bakal terluka. tetapi, yang lebih aku risau adalah ALLAH yang akan MURKA. apakah berbaloi ku gadaikan cintaku padaNYA untuk seseorang yang mungkin kembali berdusta??

[Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Al-Isra' ayat 32]


p/s: ya Allah,dekatkan hatiku pade orang yang membawa kebaikan dunie dan akhirat buatku dan jauhkanlah aku dari orang yang membawa keburukan kepade agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku. dan,tetapkanlah hatiku hanye keraneMu, ya Allah. amin.. :)

Saturday, January 23, 2010

~tak pozdna viti zamuzhem,eta ne paledzna! :))


seichas,mne 23 goda. chestna gavarya,ya ne znayu pachimu,no v etom godu(eta znachit na 6-om kurse..hehe..:) )...v moskve, tak mnogo lyudei is raznikh stran sprasili menya.. "tei esho ne zamuzhem? ya khachu zhenitsya s toboi "------>oihh,tei shto??skazala ya spakoina..no,otvetila na etat voprosi, ya vsegda shuchu shto ya paka maladaya....(ngehehe..perasan mude,padahal semakin lame..sedar tak sedar kubur kate mari.. astaghfirullah..)

neskolko mesiats proshlo,odnozhdi ya dumala..... "herm..pravda li shto ya maladaya?" kaneshno niet. u menya padruga iz tajikistana,khadija. ana takaya krasivaya,simpatichnaya i umnaya. ana vishla zamuzhem kogda ei bila 19 let. *subhanallah.. :))* ana mne skazala shto ne nada dumat shto tei paka uchitsa paetomy nelzya viti zamuzhem ili shto to drugaya prichina...patamu shto,esli tei silno khochesh,insyaAllah Allah sdat.

alhamdulillah, posle ne skolko raz mei vstretilist ya chuvstvavala shto.."da, ya tozhe khachu kak khadija i uzhe gotovila k etomu!" *hehehe.. terang-terangan aku mengaku ni weyhh.. hahahah..selamberr~ :P* khatya bei ana schas na vtorom kurse na yuristicheskom fakultete, ya viuchila ot neyo kak budet kharoshaya zhena. doma,shtobei muzhu shastlivo,zdarova i ne grustno,ana sama delaet vse! (dazhe uchitsya tanets zhivata!! *hehehe..kto panimaet,eta sekret..kharasho? :)* )

insyaAllah,ya tozhe khachu bit prekrasnoi zhenoi kak khadija. no schas vei nada pamoch mne naiti kharoshii muzh.....mozhna? *heheh..selambe lagi la aku nii.. :P* on obizatelna lyubit Allah i prarok Muhammad s.w.t bolshe chem vse na zemle,visoki i narmalni >180cm + 70-80kg,i kaneshno lyubit menya!. *hahaha... :P*tak pozdna viti zamuzhem eta ne palezdna dlya zhenshina i rebenok,pravilna ya gavaryu,da? *wink3* paetomu,davaiiiiiiiii pa bistre!! esli vei nashli,skazhi mne srazu,kharasho? budet niskii mahr,seriousna!! ( wahaaa.. :D:D:D)

[.."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"... 13:11 ]

p/s: dari tadi nak tulis bahasa melayu,asek tersekat je..walaupun grammer sgt mengarut..tapi,tules bahasa rumi russia ni macam best pulak! ^_^

Friday, January 15, 2010

~subhanallah..katakan ya,pada akad nikah! :)


tidak berape lama dulu,tatkala melihat gambar seorang kawanku yang telah membina "wanita salji" berbadan montok lagi menggiurkan, hatiku terase pahit. aku tidak salahkan die 100% tetapi itu membuatkan aku termenung jauh... "astaghfirullah..beginilah sekali rendahnye harga diri kaumku di mata mereka.ke mane hilangnye martabat hawa sebagai seorang penyeri hati suami dan seorang ibu buat anak-anak mithali?" (its really disheartening for me..when woman purposely let themselves became the tool of men's lust.. :( )

tapi,alhamdulillah. jawapan pade persoalan yang menggundahkan itu sudah lame terjawab sebenarnye. kalolah keprihatinan kite tinggi sedikit,sudah pasti kite akan mengetahui bahawa segalenye ade dalam ISLAM. ISLAM memberi solusi permasalahan ini dengan cara perkahwinan.dengan perkahwinanlah,ia akan menaikkan darjat wanita sebagai seorang isteri yang menyelamatkan suami dari penzinaan dengan melayaninye dengan penuh kasih sayang. *hehehe..semoge aku dan kaumku menjadi isteri yang solehah..amin.. ^_~* maka,buat kalian yang berkemampuan dan sudah lame benar berpacaran...ape tunggu lagi? mari berlumbe untuk menikmati kebahagiaan secara halal! (hehehe.. ini bukan hints kat sesiape atau ape2 ye.. ^_^ sekadar nk suggest je,cepat2 la kawen esp kalo yg da lame sgt ber'kawan' tuu... :))



["And among His Signs is this, that He created for you wives from among yourselves, that you may find repose in them, and He has put between you affection and mercy. Verily, in that are indeed signs for a people who reflect." surah ar-rum 21]

p/s: kalo kite kawen sebb mengharap sesuatu,kite akan rase sedih..tapi,kalo kite kawen sebb nak memberi sesuatu.. mesti kite akan happy! oke,ni bukan pengalaman saye.. ni org yang da kawen la ctee.. bekalan utk mase hadapan! ^_~

Wednesday, January 13, 2010

~alhamdulillah,tiada kalau.. dan engkaulah cintaku..:)


alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah. setelah menerima keputusan ujian darahku petang tadi,dengan hati yang bergetar menahan sebak,aku terus pulang ke rumah untuk menunaikan solat sunat syukur.*subhanallah,tak terkate mase tu.. :)* dengan air mata yang bercucuran,aku berterima kasih kepade Allah yang Maha Penyayang kerane masih memberikanku nikmat kesihatan yang tidak ternilai.*teringat lagu raihan..ingat 5 sebelum 5.. hehe..:)* walaupun ketumbuhan sebesar 2 cm di lumbarku masih belum dikenal pasti penyebabnye,namun aku tetap bersyukur. setidak-tidaknye,darahku menunjukkan tiade ape-ape yang serius dan ini memungkinkanku untuk menunda pemeriksaan lanjut sesudah aku di malaysia kelak...

tapi,sebenarnye aku kasihan pade emak. kata adikku luqman,emak ternyata amat risau akan keadaanku.*maryam mintak maaf mak.. :(* silap aku juga sebenarnye. tempoh hari,aku telah memberitahu emak tentang masalahku. kalolah ku tahu begini sekali emak keresahan,sudah pasti akan ku rahsiakan semuanya. sayang sekali,dalam hidup ini..tiada "kalau". dek perkataan "kalau" itulah,ramai antara kite yang tidak bersyukur. dan,kerane itu juge ramai yang menyalahkan takdir. oleh sebab itu,walau ape pun yang terjadi,buangkan penggunaan KALAU dan yakinlah. setiap yang berlaku ade hikmahnya dan ALLAH itu Maha Mengetahui. sesungguhnye, Allah yang Maha Pengasih akan memberikan segale-galenye yang TERBAIK DUNIA AKHIRAT buat hamba-hambaNya. cume, kite sahaja perlu tanye pada diri sendiri,Allah sudah mengasihi kita,adakah kite juge mencintai DIA?



["Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayahNya." 2: 156-157]

p/s:ohh..baru ku perasan,asik pakai skirt ni je.. hehehehe....nk wat camne,skirt yang paling feveret! :D:D:D

Tuesday, January 12, 2010

knowing or not knowing,which is worse?


when i was a kid,i had a disease that always reminded me of such an excruciating pain. i grew up vowing to figure out what was wrong with me,back then.alhamdulillah,along my way in med school i eventually knew the answer. and,thats the key point why i took up medicine.(sebb tu ingt lepas ni keje kejap je la,pastu jd suri rumah..hehe.. tapi,kalo ingt psl umat.. macam kene jd pakar pulak.. :P)

frankly,i thought, that would be the last time i'm puzzling about myself.unfortunately, i was wrong. just recently,i developed few worrying symptoms which i myself cant figure it out.. i browsed thru my books from internal medicine,gynaecology,topography anatomy and clinical medicine..but my efforts went down the drain. coaxing myself that perhaps this is just a temporary condition that will pass by time,i tried to ignore them by making myself as busy as possible and use the limited time i have, beneficially....

well,as much as i want something good to happen,Allah knows whats best for me.yesterday,when i was just facebooking,another symptom was revealed and that leads me back to square one. is this something that i should worry about? and as much as i know about the possible painful procedures, its making me more hesitant to see the doctor. in fact,i'd rather be ignorant than knowing about the heart breaking truth.(kadang tu,kalo tahu bende tu akan menyedihkan..lebih baik tak nak tau.. rase da tak sanggup nak bersedih hati lagi.. :) )

yes,i know i am living in denial. but, you see.. if i know that i'm having some grave disease that needs to be operated or perhaps any disease that requires high doses of drugs with abundant side effects,what will happen to my studies?i cant bear paying back to my sponsor neither can i take the exam the following year.. with just 5 months away from graduating(insyaAllah), i opted to wait till august....at least by then,i'm already in malaysia with my family support..after all,time flies so quickly, right?


[....“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”2:216]

p/s: tolong doakan saye ye.. ^_^..semoge Allah memberi yang terbaik dunia akhirat buat kite semue dan dipermudahkan sakaratul maut. amin. :)

Saturday, January 9, 2010

~terime kasih kerane meludahi aku!

mulanya tadi,aku mahu menulis dengan penuh emosi tentang peristiwa pagi ini-diludahi mamat russia baran yang muncul entah mane.tetapi,alhamdul1llah..aku membatalkan niat apabila teringat kisah saudara seislamku yang ditikam sehingga mati hanye kerane MEMAKAI TUDUNG.*iman kite seteguh tu ke?? :(*jadi,apelah sgt kisahnye diludahi si kafir itu,kan? malah aku cukup bersyukur diuji sebegitu rupa. jelasnye,ludahan yang di arah pade kepaleku itu,tidak sekali-kali menggugat imanku,sebaliknya menambahkan tawakkal dan doaku pade Allah YANG SENTIASE MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA.semoge orang yang meludahi aku di beri hidayah oleh Allah S.W.T dan akan berjuang mati-matian untuk Islam kelak!amin..(org yang teran1aya,musaf1r,wan1ta dan baru lepas z1k1r.. haaaa......kan da kene.. ^_~)


["Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara engkau dan dia ada permusuhan (berubah) seolah-olah teman yang sangat setia." surah fussilat: ayat 34]

p/s: org yang kuat bukan orang yang mengangkat berat dan badan ketul2 tuu tauuu....*oppss.. perumpaan yang agak pel1k.. :P* tap1 orang yang betul2 kuat adelah orang yang boleh tahan nafsu marahh..bukan senang woooo.. tap1,kalo kte tau marah tu dar1 sya1tan,1nsyaAllah.. bole kawal..lag1pun,sape nak jo1n sya1tan kat nerake nnt kan? :))

Friday, January 8, 2010

~memburu SAKINAH~~


sewaktu kecil,aku selalu cemburu melihat teman-teman berumah besar dan berkereta mewah.*member duduk kat peejay..sume kaye2 kot! :)* andai di katekan keluargeku tidak berkemampuan,tidak juge. cumenye,emak banyak kali menetapkan pendirian tidak mahu berhutang manakala ayah pule lebih selesa menaiki kereta-kereta berusie lebih 20 tahun yang di bayar secare tunai..oleh sebab terlalu kepingin mahukan banglo idaman dan kereta mercedes bermate petak,bulat atau bujur,make semude usie 8 tahun,saban hari kerjaku adelah menyelak-nyelak "classifield THE STAR". kononnye,satu hari nanti aku juge mampu memiliki semuanya dan mencipta kebahagiaan sendiri.tanpe mengharapkan orang tua,tanpa mengharap ses1apa.*haha.. kecik2 lagi da poyo! adeiii.. :P* ya,itulah angan-angan besar seorang anak yang mas1h tidak mengenal dunia dan merasakan kemewahan adelah segale-galenye.


namun,semakin lame,nilai harte dan kekayaan itu aku sedari bukanlah pengukur untuk suatu KETENANGAN. pernah aku menghabiskan lebih rm5000 untuk membeli belah sahaje tetapi akhirnye apabile pulang ke rumah,hati terase kosong.tidak gembire apatah lagi bahagie..*zaman postbreak up impulsive disorder..isskk.. menyesalnyeee... :(* kemudian aku terfikir-di mane silapku sebenarnye? bukankah dahulu aku mahukan wang yang banyak untuk menunjukkan kepade semua aku juga mampu? aku juga punye cita rasa tinggi?tetapi,kini kenapa lain yang aku harap,lain yang aku dapat? malah,nafsu pade dunie itu beg1tu mencengkam jiwa seh1ngga ku rase menyempitkan dada dan lemas dalamnye.(takkan ade 2 chenta dalam jiwa-ALLAH atau DUNIA..davaiii..buat pilihan sekarang! ^_^)


SAKINAH yang ku cari-cari ternyata bukanlah suatu dagangan. semalam,aku bersama-sama adik-adik 4th year(nabila,thiya,isma dan anis) telah bermalam di rumah kawan rusia yang kami kenali di masjid. niatku sebenarnye cume satu. mahu melihat bagaimana kehidupan zuhud seorang ibu tunggal beragama Islam bersame 4 orang anaknye di tengah tengah bandar moscow yang sentiase memandang material ini.itu sahaja.tapi,alhamdulillah. kami berempat mendapat lebih dari itu. kami mendapat nikmat kesyukuran.nikmat persaudaraan.nikmat KETENANGAN.aku cukup tersentuh apabile melihat walaupun makanan mereka pade kebanyakan masa hanyelah roti,teh dan susu tetapi mereka sudah merasakan TENANG DAN CUKUP.padahal,aku tika seusie mereka..apabila emak memasak nasi goreng "simple" atau sardin atau jemput2 pisang SAHAJA pun sudah mencebik muke! (astaghfirullah hal azim.. malu rasenye.. :( )

banyak lagi yang mahu ku tulis tentang mereka sebenarnye.tetapi aku tidak mahu kalian kejemuan. siapa yang tidak bosan membace artikel panjang berjela selain peguam2 dan hakim2,kan? *hehehe..aku yang da jd medic student 5 taun lebey ni pun tak sggup bace kalo meleret sgt..huhu.. :P*maka,cukuplah sekadarnye untuk hari nie. yang pasti,dan jelas sekali buat sesiape yang memburu sakinah,burulah sebetulnye.dan, jangan sekadar memburu insan bernama SAKINAH. *oke,ni bukan nk promo diri sendiri yeee.. sekadar selingan je..hehehe*tetapi, buruilah nikmat kesyukuran pada Allah. buruilah nikmat mencintai Allah. buruilah nikmat hidup dan mati kerana Allah. insyaAllah,berkat usaha,doa dan tawakkal anda.. anda akan bertemu SAKINAH dambaan jiwa.. :)

["Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" 48:4]

p/s: kalo bese tengok org senang,mesti selalu rase nak mengeluh dan resah gelisah..kalo tengok orang susah mesti rase sebak dan bersyukur.. yang mane lagi best ye? ^_~

Wednesday, January 6, 2010

~literally my heart aches so bad! and, you?? :(


everything in this life has a reason. ask anyone you know,even the kafir may answer the same. Allah doesnt simply create us for nothing,Allah doesnt simply create the sky for nothing and Allah the Greatest Creator doesnt simply create our feelings for nothing!and,alhamdulillah,ALL PRAISE TO ALLAH at the age of 23 *1kut bulan belum lag1.. :P* eventhough my heart is chronically aching but i'm still breathing...(its aching thinking how much i've wasted my time doing sins while time flies so quickly and i have not repent wholly.. :( ya Allah,kau ampunkanlah dosa2 kami semue..amin.. )

oke,so much for the intro. actually i've been wanting to write for so long but due to some circumstances i put on hold some things in life to figure out what is actually my purpose of living.for the past one month and a half, 8 news of death reached my ears and like a wake up call-it made me wonder.. if death is an inev1table fate and to Allah we shall return,then why do most of us live in this world as if we will remain here forever,exempted from being questioned in the hereafter? in our daily l1fe,we choose taghut than Allah,mixing the halal and haram,and prefer jahiliyah than islam. why?? dont we know that death will not await us? not even later than a second!( ya Allah,kurniekan kami taufik dan hidayahMu,kekalkan kami dalam kemanisan imanMu dan matikan kami dalam hati yang sangat mencintaiMu.amin.. )

my heart ached each time i browsed the news regarding matters in malaysia. 1n such a nation that proudly declare themselves as a muslim country,i scarcely see any role model of islam as a way of living. gruesome killings,babies abandonement,sex scandals,fraud,rape,robbery. is this what we offer by telling the world we are an islamic country?? *astaghfirullah.. maluu laa nak ngakuu giniee..tutup mukee lahh.. iskk.. :(* my russian friend was considering to send her children to malaysie to study islam but i objected at once. how can i agree when i cant see any clear boundaries between halal and haram in malaysie? how can i say yes when i personally felt that moscow is more safer for a musl1m woman than in my homeland? so, yes. i sternly object.(these shows how human law is far more inferior than Allah's law. kenape nak pilih yang tidak berkesan?? *herm..sambil menggigit jari dan berfikir*)



but,back to me and our muslim role. we've seen the jahiliyah life. and we know that we are elected by Allah as a khalifah in this world. hence,can we just nag to the leaders, whine continously and put the blame to the offenders solely?? *ishh.. kte tunding satu je,tapi empat jari kat kte wooo.. adeii.. :/*of course not!if we want a change,we need to start it from ourselves.take the Quran and as Sunnah teach1ngs and ass1m1late 1t to lead our temporary life in this world.we are given only two path by OUR CREATOR-the taghut or Allah.so,its your call- choose whats best and whats immortal! :) (semoge hati-hati kite dibukakan untuk menerime islam seluruhnye..amin.. :) *peringatan utk saye jugerr! ^_^* )


** Responsibilities of Khalifah are only three :
a. To perfect himself
b. To perfect society,and
c. And to perfect the physical world of space and time.( clean and beautiful so it is pleasing to Allah



["...Verily! Allah will not change the good condition of a people as long as they do not change their state of goodness themselves (by committing sins and by being ungrateful and disobedient to Allah). ... [13:11]"]


p/s: kalo ikut had1th,kte kene hidup kat dunie ni macam perantau jer...cukupkan amal sebelum teruskan perjalanan ke destinasi yang kekal..aku pun hidup macam perantau ke tak nie ye?? 1skkk.............