Think about your destination but dont worry if you stray. Because the most important thing is what you learn along the way.
Saturday, January 31, 2009
~~ gathering the strength~~
Posted by peesee86 at 4:13 PM 0 comments
~~ gurindam jiwaku~~
indah permai mentari pagi,
disinar cahaya dari lautan,
sungguhku kasih tidak terperi,
sayangnya kami tidak bertautan.
burung pipit terbang tinggi,
seiring bersama burung merpati,
adakah semua seperti ini,
tercari-cari si penghuni hati.
sorong papan tarik papan,
buah kundur dalam perahu,
hajat di hati masih tersimpan,
ku harap hanya dia yang tahu.
desir angin membawa berita,
berita indah dari seberang,
lama tidak kudengar cerita,
namun,ku harap dia masih seorang.
sang rembulan sedih menangis sepi,
kepingin pada si pungguk malam,
mana mungkin ku ubati hati,
hancur musnah remuk redam.
cincin emas bertatah berlian,
permata berkilau menyilau pandangan,
ku sangka bahagia berpanjangan,
rupanya kasih ditinggal-tinggalkan.
buah saga merah menyala
dikutip cermat si gadis jelita
bukan niat membuka cerita
sekadar mahu berkongsi lara.
meraut buluh dibuat lemang
berteman ibu mencari santan
duhai hati janganlah bimbang
bukankah kamu masih kesempatan.
kebaya bandung disulam rapi,
berseri-seri empunya diri,
sudah penat ku berteka teki,
lebihlah baik kini aku sendiri.
menenun kain dibuat baju,
baju dipakai si cantik menawan,
memang terkadang terasa haru,
namun kuredha menerima suratan.
mata berkelip tersenyum manja,
wajahnya manis persis ibunda
usah bertanya dikau semua,
biarlahku pergi merawat luka.
[When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us...
-Helen Keller- ]
p/s: tetibe ade mood nk berpantun.. kredit pada emy..hehehe.. =)
Posted by peesee86 at 1:08 AM 2 comments
Wednesday, January 28, 2009
~~ manisnya kemaafan itu~~
belum sempat aku naik ke atas untuk beradu sesudah selesai membakar muffin rasberry, ym ku di buzz seseorang.DING!!aku tersentak.siapakah gerangannya yang menegur di tengah-tengah kekelaman malam?monologku sendirian..lantas, terus ku dekati komputer riba kakakku dan seraya itu terlihat...... ya Allah, DIA!! (maseh terkejut,tak percaya!) ....siapa dia?dia yang pernah aku benci teramat satu ketika dahulu di jasin. dia yang pernah membuatku nekad menjauhkan diri daripada jejaka-jejaka kelantan. dia yang mendoktrinkan fikiranku bahawa lelaki adalah makhluk ciptaan Allah yang paling ego dan poyo di muka bumi!....ye, memang dia.... *jantung berdegup kencang, tangan sesejuk salju* (oke2, itu hanya exaggerating,omputeh kate nervous aaa.. =P)
namun,tidakku nafikan. apabila die menegur di ym,hatiku berbunga. bahagia.riangnya,tidak terkira! owh,jangan salah faham. bukan aku punya hati padanya.tetapi, perasaan ini lain.jasad di awang-awangan,hati pula terasa ringan. mungkinkah ini hikmahnya berbaik semula dan saling bermaafan? *sambel tersenyum simpul* =)
mengimbau kembali zaman-zaman keanak-anakan kami di jasin hampir 6 tahun dahulu,aku malu pada diri sendiri.(betul3!! *macam upin dan ipin* =P)sepanjang kami bertegang urat bagai anjing dengan kucing, terlalu banyak onar yang kami lakukan antara satu sama lain;kutuk mengutuk,umpat mengumpat, benci membenci,pulau memulau.lebih memburukkan keadaan, kami berkongsi homeroom dan kelas, jadi, nak tak nak, terpaksa juga menghadap dia saban waktu.betapa aku mahu menunjukkan protes dan kemualan,mukaku yang sentiasa diserikan dengan senyuman manis(heh! =P) terus menjadi semasam cuka sebaik melangkah masuk ke kelas! pn zaidah selaku umi kami hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah kami dan selalu mengusikku.. "yam, jangan benci-benci sangat. nanti, mana tau satu hari nanti, yam kawen dengan die.." belum sempat umi meneruskan bicara,terus aku membantah " umi,kalolah tinggal satu je lelaki kat dunia ni pun, maryam lagi sanggup tak kawen dari kawen dengan die!" aku memang emosional. al maklumlah,jiwa remaja! (hehehehe.. nampak kan betapa tak matangnya aku dulu! hohoho.. =P)
dan,kini, setelah 6 tahun berlalu dia menegurku sopan(melalui ym..).hanya dengan satu sapaan itu,dalam sekelip mata,hilang semua perasaan tidak senangku padanya! ajaib kan?memang sudah lama ku maafkannya tetapi biasalah,bersisa juga perasaan benci kadang kala. tapi kini, tidak lagi.malah aku rasa selesa pula dengannya! memang betullah kata orang,lagi kita tak suka, lagi tulah kita akan di uji dengannya..dan kerana itu, aku tidak mahu lagi membenci sesiapa biar mungkin ada yang tidak berkenan denganku.aku pernah mengumpul kebencian dalam hati dan aku tidak sanggup mencengkam jiwaku dengan perasaan itu lagi.kerana kamu, aku tidak membenci dan mampu mengecap manisnya kemaafan itu! terima kasih, souji! =D
[“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Surah an-Nur Ayat 22 ]
p/s: mahu sentiasa berlapang dada dan bersangka baik..ingatkan aku kalo aku terbenci orang! =P
Posted by peesee86 at 8:25 PM 2 comments
Saturday, January 24, 2009
~~jemu~~
saya akui, saya cepat jemu. baru dua tiga bulan,sudah tukar lay out blog, tukar lagu, tukar cara menulis,tukar tulisan...tukar segala-galanya. owh, jangan terkejut.andai kalian belum kenal saya,saya memang begitu.terlalu cepat jemu dan selalu inginkan variasi. penyakitkah?(mak, kate ye.. =P)huhu.. mungkin ya, mungkin tidak.tapi, takpe.dr kate, asalkan saya tidak hilang kebolehan untuk adaptasi, itu sudah cukup. =)
hakikatnya,saye kagum pada kawan-kawan yang persistent,tidak mudah bosan.tak ramai, tapi cukup untuk membuat saya tabik hormat.biar ape yang berlaku,masa yang berlalu, mereka tetap sama seperti itu. saya pula? sekejap begitu, sekejap begini.kadang kala rasa seperti hangat-hangat tahi ayam pula.oho, malunya saya!
hurmm..kenapa ya begitu? kenapa manusia cepat jemu? pernah ade ustaz cakap," kalo mahu membuat sesuatu sebagai rutin, lakukannya 40 hari berturut2(atau 44 hari?). jangan di tinggalkan sekalipun. insyaallah, kita tidak akan jemu untuk melakukannya."
memang betul juge(sebab tu, kita tak jemu untuk semayang,tdo dan makan! =P). tapi,untuk sampai ke 40 hari itu,tak sesenang yang di sangke ye!contohnye,takkanlah kite nak belajar berterusan selama 40 hari? atau,memakai handbag yang sama selame 40 hari?atau,masak lauk yang sama untuk 40 hari?orang lain, saya kurang pasti. tapi saya, sudah tentu menyerah kalah dulu... << tak sampai seminggu kot! =P>>
sungguhpun begitu,kalo kita lebih analytical,sebenarnya jemu juga boleh dikira positif. mak pernah kata " mak tak faham macam mane orang yang boleh membuat kerja yang sama berulang2 untuk beberape tahun. kalo mak, mesti mak dah boring and cube buat bende lain pulak. at least rase la challenging!" betulkan? kalo kita terlalu selesa dan tidak jemu, maka apa yang kita lakukan itu, habis sifat mencabarnya.biarpun begitu, apa-apa pun.. terpulang pada anda.. kalo amik dari sudut postif, banyaklah hikmahnya.kalo pesimis pula, nahaslah jawabnya...dan, saya pula? sudah tentu ambil keduanya.. =D
[Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu (1) hendaklah kamu tetap )istiqamah) (menjalankan perintahKu seterusnya), dan (2) janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).
(Surah Yunus: Ayat 88 - 89)]
p/s: saya mula rasa bosan ber "aku"..huhu gune saya pule.. =P
Posted by peesee86 at 3:48 PM 0 comments
Wednesday, January 21, 2009
~~perigi cari timba.. ::dilema wanita kini::
masih kuingat zaman-zaman nakalku di jasin dulu. pernah aku minat pada si jejaka idaman malaya. wajahnya yang tenang,manis, sedap mata memandang ,memikat kalbuku untuk mengetahuinya dengan lebih dekat.bermula dengan lirikan mata yang menggoda,kemudian berbalas-balas senyuman. tiap kali berselisih dan bertentang mata,berdegup kencang hatiku!mahu juga untukku memula bicara,tapi ku tahu, die seorang yang pemalu dan jarang bergaul dengan perempuan. maka,dalam keterpaksaan,ku batalkan saja hasrat itu.... kami cuma bermain mata dan melirik manja sehinggga tamat spm..dan akhirnya,selepas spm....(sesuatu terjadi)..dan perasaan itu terkubur begitu sahaja...........(owh, melepas aku! agak2, kalo bgtau, camne ey?hehehe =P)
jadi,apa pandangan kamu?adakah aku di anggap perigi cari timba? ey,jangan takut! jujur sajalah padaku.sungguh,sebahagian dalam diriku menyesal kerana tiada kekuatan untuk mendekatinya, dan sebahagian pula berkeras mengatakan bahawa dialah seharusnya memulakan langkah.(tapi, nak buat macam mana, sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian, tidak berguna..*hurm*).
tapi, lain kisahnya dengan kawan rapatku .dia punya kekuatan luar biasa itu. saban hari,berdikit-dikit die menyusun strategi mengambil hati si laki-laki supaya jatuh chenta padanya.hari berganti hari,minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.sudahnya,setelah beberapa purnama, dengan jayanya si laki-laki cair pada pujuk rayu si perempuan! owh sahabat,kamu memang hebat!*sambil menunjukkan ibu jari tanda kemenangan =D*
namun begitu, tidak adil andai aku ambil cerita di sebelah perempuan sahaja,kan? abang angkatku yang kacak lagi bergaya(oke3, abang tak yah nk kembang lebih2 ye, sikit2 cukup.. =P) pernah juga berkongsi pengalaman bagaimana gadis-gadis mahu mengoratnya.dek kerana kecuakan yang melampau, die terus menekan minyak dan memecut laju meninggalkan si gadis terpinga-pinga. abang betulku juga mengulang cerita yang hampir sama. hmm.. mengapakah? adakah kerana di lihat perempuan yang terlalu berani sebagai ancaman pada sifat mereka yang sejak azali sebagai pemburu? atau,adakah gadis2 yang mengejar mereka tidak cukup berdahi licin dan menggiurkan? wahai kaum adam sekalian,silalah jawab soalan ini. kerana kami,kaum hawa, memang tidak mengerti...............*kebingungan merenung siling dan menggigit2 kuku* =S
cuma satu,dari hikayat-hikayat di atas, dapat ku simpulkan bahawa dalam proses memburu si mangsa, haruslah kena pada caranya.baik si dara mahupun teruna.(AMARAN:untuk perempuan, janganlah terlalu berani seperti dalam video di bawah).pesanku, solatlah istikharah sebelum mula untuk mendekati bakal pasangan hidup masing-masing kerana andai dialah jodoh buat anda, insyaAllah urusan menyunting sebagai permaisuri(raja =P) hati akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T .(chewah! glee matangnye aku! hahahah =P) baiklah, sudah penat rasanya jari jemariku menari-nari di atas papan kekunci ini.sebelum aku melambai pergi, ku hadiahkan buat kalian satu video yang direkemen oleh member didi....(tapi, sesape yang belum 18, jangan tengok ye..hohoho.. =P) selamat menonton! [jangan judge aku yeh..aku tak perfect! hahahaha *seskema skema aku, nakalnya tetap ade* =P]
[Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu”]
p/s: semoga sifat maluku tidak terkikis di telan usia..
Posted by peesee86 at 5:34 PM 4 comments
Tuesday, January 20, 2009
~~hipokritkah?
tiap kali, aku diperkenalkan pada kawan-kawan kakakku,(baik di dublin atau malaysia) pasti ramai yang berkata.. " timah, lainnya u dengan adik u..kenapa adik u lemah lembut,tapi u tak?" kembang hatiku tatkala menerima pujian sebegitu.(heh!=P).dan aku pula, tiap kali aku mempertemukan teman-temanku dengan fatimah, respon mereka juga boleh tahan pedasnya " maryam,kenapa maryam tak sealim fatimah?fatimah nampak baik je.. " fatimah hanya tersengih di sebelahku bak kerang busuk sedang aku terkulat-kulat mencari-cari mana mahu letak muka!(*dush3*<< sambil mengetuk2 jantungku dengan genggaman tangan kananku>> =P )
memang tidak dapat dinafikan,kami amat berbeza.orang luar nampak dia sebagai seorang perempuan yang baik, alim, serius, bertanggungjawab,tegas,simple dan sebagainya. aku pula,pada kaca mata umum digambarkan sebagai seorang gadis yang lemah lembut, manja, cerewet, kewanitaan, nakal, complicated dan lain-lain........TAPI,BENARKAH KAMI BEGITU??kamu3, jangan terburu-buru membuat rumusan ye! bukankah pandangan pertama tidak selalunya tepat? ( kepala aku ligat mencari idea untuk membela diri sendiri!=P)
Okay, point pertama.sebenarnya fatimah tidaklah seserius yang terpancar pada wajahnya.sedari kecil, bagi kami, fatimah adalah jenis yang tidak pernah serius! [malah pernah emak menggelarkan dia ibarat "joker" kerana selalu membuat lawak..] selalu aku katakan padanya die lebih sesuai menjadi lawyer daripada doktor kerana tidak dapat menahan keloyaran buruknya. betul ni, tak tipu!*sambel ketawa sorang2 mengingat zaman kecik2 dulu =D*dengan hanya melihat riak wajahnya sahaja mampu membuat orang sekeliling ketawa terkehek-kehek.dan, apabila kami berborak berdua, pasti satu bilik di temani dengan hilai ketawa kami! (sampai saket perut tahan gelak duduk kat dublin ni! =P).
point yang kedua pula.fatimah juga tidaklah setegas yang disangka!(hohoho..i'm spilling the beans.. habeslah u! =P) di rumah, adik-adik lebih takutkanku berbandingnya kerana kelantangan suara dan kegaranganku(ini tegaskah? =P).jarang aku memberi muka pada mereka lebih-lebih lagi dalam proses mendisiplinkan mereka. seperti contoh,andai ku rasa terlalu lama mereka menonton tv, aku tidak akan teragak-agak untuk menutupnya biar kutahu selepas itu akan menjerit dan memekiklah adik-adik kecilku.(owh, itu baru contoh yang kecil..B-) ) dan,selepas mereka menenangkan diri dengan sendirinya, barulah ku beritahu sebab asbab aku lakukan semuanya.(tengok,aku juga seorang kakak yang bertanggungjawab! =P)
tapi, tahukah anda manusia ini complex dan hipokrit(ya kah?)?di rumah(atau bersama-sama ahli keluarga),memang lain benar pe'elnya! aku ambil case sample adik beradik lelakiku. (sorryla korang!.. =P)bersama teman sepermainan dan rakan-rakan di sekolah,bukan main lagak machonya! belasah budak sana sini![sehingga di panggil oleh guru besar dan hampir di buang sekolah] tetapi,pulang ke rumah, secara automatiknya kelakuan mereka berpusing 180'. pijak semut pun tak mati. pantang ditegur emak(atau aku),berjurai-jurai air mata mereka menegakkan benang yang basah! (sebab tulah kalo tengok org lelaki yang bajet cam cool, terasa kelakar! =P)kemana hilangnya ke'cool'an dan kemachoan mereka? owh, itu jangan tanya aku......................(hahahah! *u guys just made my day!* =P)
maka,pesanku.. kendatipun anda melihat seseorang begitu sempurna,jangan terlalu pandang tinggi pada dia, kelak anda yang kecewa.....kerana, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. =) (walaupun fatimah selalu kate die sempurne! cheh! =P)
[no one's perfect but love makes someone imperfect perfect]
p/s: rindu pada malaysia.. =/
Posted by peesee86 at 11:27 AM 0 comments
Monday, January 19, 2009
~~ kreatif dalam sayu..
semua tahu,andai aku sedih atau kecewa,retail therapy mampu membantu tubuhku merembeskan hormon "endorphine".[hormone gembira dan bahagia].. namun begitu, memandangkan kesedihanku muncul, di kala semua warga dublin sedang nyenyak tidor, maka,mahu atau tidak, terpaksa aku mencari alternatif lain.......dan... AKHIRNYA..aku jumpa method baru iaitu -BROWSE SHOPPING!! =D caranya, senang sahaja!tak perlu mengeluarkan satu sen pun. cume taip sahaja apa yang terlintas dalam fikiran di google images dan inilah hasilnya..... =D *tak dapat yang betul, gambar pun jadilah!* =P
jenama yang paling ku suka adalah DIOR,PRADA dan VERSACE.kenapa? mesti lah kerana design yang SOPHISTICATED dan ELEGANT!(tetapi, design LV yang terkini juga menggiurkan hati...=P)
p/s: jangan tekejut kalo ku kata nilai setiap handbag ini, adalah hampir sama (atau kurang sikit je) dengan down payment untuk membeli rumah teres sekitar kl! *haihhh..ni yang kene kawen dengan datuk yang kaya,hensem dan tak kedekut neyh! =P*
Posted by peesee86 at 7:33 PM 0 comments
~~malam yang emosi
malam ini, buat pertama kali dalam sebulan ini, aku merasa amat marah,geram, sedih.kepada siapa? usah di sebut nama kerana aku tidak suka mengaibkan orang.dalam kekecamukan hati,tiada pilihan.. terpaksa ku luahkan pada blog ini..(congratz to you coz u just pushed my button! =()
aku tak tahu di mana silapku sehingga dia membenci ku sedemikian rupa.terhiris juga hati apabila seseorang yang kuanggap sebagai member dengan tiba-tiba sanggup berkata "aku benci ko".aku tergamam.tanpa pucuk pangkal, aku di biar terfikir-fikir di mana silap aku padanya.ya, aku tahu.aku mungkin ade tersilap cakap tempoh hari, tetapi itu hampir sebulan yang lalu. dan kini, dek kerana melihat dia seperti punya kekusutan, aku bertanya khabar.dan niatku mengambil berat di balas dengan kata-kata sebegitu rupe.salahkah aku? aahh.. benar-benar aku keliru...sungguh aku tak faham jiwa lelaki melayu moscow!
aku dah tak larat untuk berteka teki tentang mereka lagi. cukuplah. tapi, aku juga tidak senang hati apabila ada yang membenci. aku bukan sempurna.aku tahu aku punya kekurangan. tapi, jangan layanku sebegitu rupa.aku juga punya perasaan.aku hanya seorang manusia yang cepat terasa apabila ada yang tidak suka.. dan kini,ya. aku memang terasa.
[terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, buruk padahnya]
p/s: memang da jauh hati dengan moscow.. =/
Posted by peesee86 at 4:53 PM 0 comments
~~ emas.. DULU,KINI, SELAMANYA....
cuti musim panas yang lalu,mak sering mengingatkan aku "maryam, mak tengok u asyik beli handbag mahal-mahal je.better u spend ur money on emas daripada beli handbag. kalo beli emas, ade faedahnya.its a long term investment. kalo beli handbag,u gune paling lame pun setahun, then dah tak gune. membazir duit je nanti.".........
lantas, ketika aku membuat praktikal di hospital serdang,aku singgah sebentar di alamanda dan membeli seutas gelang dari habib jewels.(kujie yang menemani aku menggeleng kepala,merasa bahawa aku seperti maknye..*sowie kujie* heh!=P)sejurus pulang,terus ku tunjukkan pada mak gelang emasku.mak hanya mampu tersenyum......haihh anakku ini, sekali cakap terus buat! *aku memang suke membeli belah!*..weee~~ =D
sejak kecil lagi sebenarnya,minatku pada emas tidak pernah padam. tiap kali menjelang aidil fitri, che mah selaku penjual emas akan mempertonton set-set barangan kemas yang berkilauan untuk dipilih dan dibeli di kalangan sanak saudara.al maklumlah,perempuan kelantan dan emas memang tidak dapat dipisahkan!emak selalu memberi kami peluang untuk memilih apa sahaja, baik rantai,gelang, mahupun cincin. dan, setiap kali itulah, aku memilih pelbagai jenis. (aku memang suke variasi dalam apa jua.. heh!=P)dalam kesibukan membelek-belek rantai dan cincin,kubertanya pada ibu serba serbi tentang emas..(oke3, aku tau aku matang awal dari usia! B-) )
ibu berkongsi ilmu.celoteh ibu "emas ni harta. kalo ada perang ke, ekonomi meleset ke, tak cukup duit ke, boleh di gadai bila-bila masa. tapi,bukan semua emas. emas kuning je. dan, emas ni, nilai die takkan jatuh merudum kalo nak compare dengan duit." aku diam, tanda setuju. ketika itu, nilai emas adalah rm36 untuk 1 gram.(dan waktu ku beli tahun lepas, 1 gram = rm107..dalam masa 12 tahun nilainya naik sebanyak 3 kali ganda..uisshh! kalo kutahu, dah lame ku borong banyak2 zaman mude2 dulu! huahuahau! =D)
jurujual habib jewels itu juga nampak minatku pada emas dan mula bercerita "adik, emas ni, ada macam-macam jenis.tapi yang bole di jual balik cuma yang 916(22 karat).nak bezakan die,senang je.kite tengok kilauannya dan kelembutannya. kalo barang kemas yang takde batu ape-ape,tulah emas 916!"(owh baru kutahu.. jadi, selama ini, aku telah tersilap memilih..adess! =/ingatkan lagi ade batu, lagi bernilai..hohoho!)
sedihnya, rata-rata teman sebaya tidak berkongsi minat yang sama.cuma nadia sahaja.hati mereka lebih tertarik pada emas putih yang tampak lebih mewah![harganya dua kali ganda,tetapi tiada nilai apabila di gadai].namun, itu tidak membantutkan perasaanku pada emas kerana bagiku,emas kuning bukan sahaja harta yang berguna apabila dalam kesusahan, tetapi juga perhiasan diri yang mampu menaikkan seri empunya diri! *tersengih perasan* =P
[ "As fewer and fewer people have confidence in paper as a store of value, the price of gold will continue to rise."
Jerome F. Smith]
p/s: entri ini untuk memberi kesedaran tentang kepentingan emas, lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi dunia kini.. so, kawan-kawan,kite borong emas jom!! =D
Posted by peesee86 at 6:52 AM 0 comments
Sunday, January 18, 2009
~~ pas menang-SUKA ATAU DUKA?
semalam kecoh! pas menang kerusi parlimen kuala terengganu biarpun bn punya keyakinan tinggi mereka akan menumpaskan calon pakatan rakyat(well, tau2 lah mereka.. heh!=P).tahniah buat Mohd. Abdul Wahid Endut. semoga anda akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan bukan ahli politik semata-mata.....(sudah muak dengan ahli politik yang hanya pandai memutar belit fakta dan tidak berfikir sebelum berkata-kata.. =/)
bertanyaku pada anak-anak kuala terengganu.apakah perasaan mereka dengan kemenangan pas?jujur kata, respon mereka agak mengejutkanku.kata mereka " sebenarnya, tak kesah pun sesiapa yang menang. waktu bn pegang bertahun-tahun, takde pembangunan sangat. waktu pas ade peluang pulak, sama juga keadaannya..jadi, tak memberi efek sangat lah.." (wohoooo!! satu statement yang bisa membuat segelintir tidak senang duduk.. nanti2, jangan cepat melatah ye.. =) )
belum habis di situ, teringat semula perbincangan aku dengan shahrulfaiz(kawan lama,anak jati kuala terengganu.. ) ketika saat-saat pilihanraya umum 2008 menjelang..dengan penuh inkuirinya aku bertanya " paez, how does it feel to be anak terengganu under the charge of both bn and pas? as an outsider, i feel like there's no much change in the sense of develepment eventhough terengganu is a rich state.i'm sorry but i have to say, kota bharu is far more developed and alive compared to kuala terengganu.and,as a matter of fact kelantan doesnt have much income and has been under pas for a more longer time than in terengganu.." dengan bersungguh-sungguh aku mengutarakan pendapat.......
mendengar dengan teliti,tenangnya dia menjawab.. " maryam, maryam orang luar, maryam tak tahu the real situation. kalo waktu pas memerintah, diorang cuma tahu memberi ceramah setiap malam. development entah mana, they just know how to talk. but when it comes to governing,they dont know how to do it.." seraya itu, aku berkata.." jadi,bn lebih pandai memerintah? does building masjid kristal which cost bilions of ringgit counts? (for me, its absurd! it doesnt give any benefit to the rakyat directly but adding the burden of the rakyat having to bear the debts of the state...*owh, emosional pula aku!=P*)
jawapan shahrulfaiz yang tepat pada hujahku sudah ku lupa, tetapi seingatku tidak cukup untuk meyakinkanku dengan kemampuan bn untuk membangunkan kuala terengganu(owh, kami memang selalu bertelingkah pendapat dalam politikal isu malaysia.. =P) namun begitu, untuk mengelak dari sebarang perbalahan seterusnya,tersenyum simpul aku bersuara " but paez, one thing for sure, terengganu is better than selangor dalam kebajikan rakyat. kalo anak-anak terengganu cemerlang dalam upsr ke, pmr ke, spm ke, mesti dapat duit dari kerajaan. whereas, kat selangor yang banyak pembangunan ni, kalo kitorang dapat keputusan cemerlang, tak pernah dapat apa-apa dari kerajaan.. itulah lebihnya anak terengganu.." .. (dulu, selalu cemburu dengan sedara-sedara yang dapat duit dari terengganu tapi, kami yang di kl dan selangor tidak.. =/)
tapi, betullah kata dr M. rakyat terengganu sebenarnya dalam dilema..pilih salah, tak pilih pun salah....ATAU mungkin juga mereka mahu pas dan bn masing-masing mengetepikan perbezaan ideologi dan sama-sama bersatu padu membangunkan terengganu.... takpelah,sama-sama kita lihat nanti! =)
["Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" surah At Taubah ayat 23]
p/s: semakin meningkat dewasa, banyak pulaklah dilemanya.. adeh!huhu.. takpe la, skang mau ejoy dulu! lalalalal~~ =P
Posted by peesee86 at 3:53 PM 4 comments
Saturday, January 17, 2009
~~ teori 22 maryam~~
[ 22 is the age in which we are seeing a clearer picture of our future and start to question back, is he(she) the one we want to grow old together...]
setiap kali teman-teman meluahkan masalah chenta mereka padaku, sering aku bertanya soalan ini.. " waktu tu, umur die brape waktu mintak break?" atau, " ko(awak@u) umur berapa waktu clash dengan die?" .. rata-rata jawapan mereka adalah ketika umur 22(21-23)!!!eyh2,nanti dulu,yang mana tidak masuk dalam kategori itu jangan rasa panas punggung ye..itu mungkin kebetulan.. tetapi,kebanyakan study sample ku begitu, dan kini, aku masih lagi giat berusaha untuk mencari bukti, menyokong teoriku.... =) [aku bakal menghasilkan buku bertajuk "teori chenta maryam" hehe.. =P]
dalam lingkungan sahabat-sahabatku,ada yang sudah berjanji sehidup semati pada usia 22 tahun(sayangnya,bole di kira dengan jari.. :/),namun, tidak kurang juga yang membulat tekad untuk mengambil haluan masing-masing walau sudah bertahun-tahun lamanya menyulam kasih.aku juga terkena tempiasnya. tetapi syukur aku tidak sendirian kerana ramai teman-temanku juga sama sepertiku....sekurang-kurangnya ada juga orang yang memahami....=) (bukan untuk membuat cerita sedih ya! sekadar berkongsi pengalaman.. =P)
pada pandangan aku, umur 22 adalah usia transit.iaitu, umur persinggahan sebelum melangkah ke alam pre dewasa.peralihan dari zaman remaja yang kalian semua tahu suka mencuba-cuba, kepada era dewasa yang lebih realistik.cara fikir kita juga lebih rasional dan tidak terlalu terburu-buru menurutkan hawa nafsu semata-mata..
kalo yang sedang dilamun chenta ,mungkin si laki-laki tertanya-tanya pada diri sendiri " boleh ke aku terima dia ini yang kuat merajuk dan sensitif?mampu ke aku untuk tahan sindrom datang bulan die untuk seumur hidup?sanggup ke aku berhabis wang ringgit untuk dia setelah penat aku mencari rezeki? (dan sebagainyalah....ingat, ini contoh sahaja ye.. =))"
walhal, si perempuan pula terfikir.. "tahan ke aku kalo setiap kali aku meluahkan masalah atau bercerita, dia cuma diam, tidak memberi respon.tak kesahkah aku bersuamikan seorang yang sangat berkira?bagaimana nanti kalo malam-malam dia mahu menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawannya di kedai kopi dan aku di biarkan berseorangan di rumah? (dan sebagainya juge..)....
[tetapi, jujur kata, lelaki dan perempuan hampir semua adalah typical.jadi, andalah yang seharusnya menyiapkan diri menerima pasangan masing-masing seadanya..]
aku juga tidak terkecuali.terasa juga bezanya caraku berfikir berbanding sebelum ini.namun, bukan dalam konteks berpasangan, tetapi dalam pemilihan calon.(ye2 je aku nie.. hahaha.. =P). mengimbau zaman-zaman muda dulu,pantang ada jejaka berpersonaliti menarik mendekati, di tambah pula dengan kata-kata manis dan senyuman maut.....pasti berbalas tepukan! (adess~!.. kantoi la pulak!! hohohoho =P)
tapi kini, tidak begitu.aku lebih berhati-hati dan tidak semudah itu untuk aku mendamba kasih.yang mana ku tahu, tiada peluang langsung(bak kate omputeh, out of the list.. =P), cepat-cepatku usir jauh, lebih-lebih lagi sweet talker(bunyi semacam kejam bukan? hohoho! =P)!!. yang mana ku rasa,punya daya tarikan tersendiri dan mempunyai ciri-ciri idamanku, ku bisik pada hati, andai ada jodoh,tidak ke mana........tidak perlu pergi lebih lanjut andai si laki-laki tidak bersedia memberi sepenuh komitmen..(*wink3*)bukankah sudah ku bilang, aku sudah serik untuk mempertaruhkan perasaan pada sesuatu yang tidak pasti............ =) *once bitten, twice shy*[ pada sesiapa yang menyebarkan cerita bahawa aku telah punye pengganti,tidak sebenarnye....jangan gossip2 lagi ya! fitnah tu.. takpe2,aku maafkan kalian.. =)]
jadi, abang-abang,kakak-kakak yang yang sudah melalui fasa 22 tahun ini,jemputlah untuk berkongsi pengalaman hidup kalian.aku mahu mengumpul case sample sebanyak mungkin untuk menyokong "teori 22 maryam"!! kelak, setelah terbit buku teori chentaku, akan ku beri free sample ya! =P
[sajak yang ku kira begitu tepat dengan hidupku, baik dari segi kerjaya mahupun chenta.. =) ]
[Ayat 36 S. Yasin mengajarkan juga bahwa segala sesuatu diciptakan Allah berpsang-pasangan, baik dalam dunia tumbuh-tumbuhan, manusia dan lai-lainnya yang tidak diketahui manusia. ]
p/s: teringat pok nik pernah kata, umur 25 tahun adalah umur yang paling sukar dalam hidup kita.... yang mana, banyak keputusan dan situasi yang tidak terjangkau oleh pemikiran bakal berlaku... semoga dipermudah urusan dunia dan akhirat insyaallah.. *risau juga ye!*
Posted by peesee86 at 10:59 AM 12 comments
~~self destructingkah aku??
sepanjang 20 hari aku melancong, tidak pernah rasanya aku berkira dengan diri sendiri(dalam konteks shopping).yang mana berkenan di hati, terus ku ambil dan membayarnye, baik secara tunai mahupun visa debit. bagiku, selagi ia boleh membuatku gembira(retail therapy),aku tak kesah =).emak juga selalu berpesan " duit bukan boleh bawak sampai ke kubur." jadi, apa salahnya untuk aku berbelanja, bukan? (itulah prinsip yang aku pegang.. =P)
tetapi, kejadian di airport newcastle semalam, menggusarkan aku. sementara menunggu departure gate di buka(dalam 20 minit..), sempat aku membeli handbag guess dan 2 tudung tie rack(TAKE NOTE:sebelum itu,aku sudah membeli 7 tudung tie rack dan 4 handbag...).hajat di hati,mahu mengambil satu lagi handbag dkny sebenarnya, sayangnya,kad visaku di "decline"(waktu tu, muka ku merah dan panas..*malu2!!* adeh!..) tersentap, aku tersenyum kelat dan mengucapkan terima kasih pada sales girl itu (waktu tu, dah annnounce last call...dan aku adalah penumpang kedua terakhir masuk ke flight!! aseymann.. seb baikkkkkk......fuuh!)(TAKE NOTE:semalamnya aku baru terlepas flight...adess!! ape nk jadi neyh, maryam! *geram dengan diri sendiri sebab tak amik iktibar*)......
dalam flight, aku mula memikirkan apa yang tak kena padaku(jantung masih berdenyut laju).[bak kata orang melayu "sudah terhantuk, baru tengadah"].semenjak peristiwa hampir 5 bulan yang lalu itu,aku sedar aku menjadi agak impulsive.terkadang merasa defence mechanism aku adalah shopping! (heh! =P)andai aku mahu sesuatu,tanpa berfikir panjang terus saja ku ambil dan bayar.keluar shopping,pasti ku bimbit pulang tidak kurang dari 4 plastik bag yang mana setiap satu terisi beberapa helai baju( kasut, handbag atau lain-lain) . pantang duit di tangan, pasti semacam mahu dihabiskan kesemuanya.aku tidak berfikir panjang.hilang kawalan. ....itulah yang meresahkanku...[kalo dulu, aku hanya obsess.. masih juga berkira-kira untuk membeli.. =( ]
shopping bagai satu ketagihan padaku.kalo tidak membeli,terasa tidak lengkap pula.selagi ia adalah sebuah kedai hatta kedai runcit sekalipun, mampu membuatkan aku teruja dan tersenyum lebar! tak percaya? tanyalah teman-teman rapatku....(baruku faham perasaan mereka yang ketagihan rokok, dadah atau sebagainya..... =( )
melihat sindrom impulsive ini, fatimah membuat keputusan untuk tidak melepaskan aku jauh dari pandangan matanya sepanjang aku bercuti di dublin(terpaksa membatalkan rancangan untuk ke gallway bersama member.. =( ). dia risau aku tidak mampu menahan godaan nafsu membeli belahku yang saban hari kian memuncak.aku tidak percaya dengan diri sendiri juga! (*hurm*)maka, aku lebih rela duduk di rumah berseorangan dan berblogging daripada keluar rumah dan menghabiskan wang untuk sesuatu yang bukan keperluanku.mungkin kedengaran agak aneh, bercuti tetapi duduk di rumah, tetapi, hanya mereka yang melaluinya sahaja faham situasi aku......[tak ramai, tetapi sesiapa yang memahami, terima kasih ya! =) ]
sebab itulah, hari ini dengan berat hati, aku terpaksa menolak ajakan temanku untuk keluar dan alternatifnya, seharian suntuk aku baring di atas katil dan berblogging sahaja(at least, aku boleh kate tidak pada sesuatu! yeay!! =D atau, sebenarnya sebab poketku sudah kering kontang.. uhuk3! =P).membaca artikel "wakley" nukilan sweet thinker petang tadi,membuatkan aku terfikir. adakah aku self-destructing??owh no!! aku tak tahu.....................
[Money can't buy you happiness, but it does bring you a more pleasant form of misery.]
p/s: if i am genuinely happy, i dont shop..so,anyone.. please make me happy again.. =/ because i need to love my money too!
Posted by peesee86 at 8:12 AM 4 comments
kecekalan hati anak palestin
sebelum aku bertolak ke newcastle pada 11 januari yang lalu, sempat juga aku membaca satu dua artikel berkenaan krisis gaza.satu per satu laman web aku buka. kemudian tajuk berita 'Budak kena tembak di kepala' di laman berita harian, membuat degupan jantungku terhenti seketika.................
'Budak kena tembak di kepala'
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
nur@bharian.com.my
Pengalaman Mercy lihat askar Zionis lakukan pembunuhan
KUALA LUMPUR: “Kami menyaksikan sendiri bagaimana seorang budak lelaki Palestin berusia kira-kira 10 tahun ditembak di kepala oleh askar Israel.
“Askar Zionis itu bukan tersalah tembak tapi mereka memang berniat membunuh apabila menembak tepat di kepala anak kecil itu.”
Inilah antara pengalaman tragik Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Jemilah Mahmood dan dua rakannya yang baru tiba dari Rafah selepas menyempurnakan misi 10 hari penghantaran sumbangan perubatan kepada mangsa keganasan terbaru rejim Israel di Semenanjung Gaza yang sudah berlanjutan lebih seminggu lamanya.
Pada satu sidang media di sini, semalam, Dr Jemilah berkata, apa yang menyebabkan mereka tersentuh adalah semangat juang rakyat Palestin termasuk golongan kanak-kanak yang cekal untuk meneruskan kehidupan biarpun berdepan ancaman maut akibat keganasan Israel.
Kecekalan itu ditunjukkan seorang budak perempuan yang hanya dikenalinya sebagai Zeynah, yang menangis di katil hospital.
DR JEMILAH membantu mangsa yang cedera di Hospital Al-Arish, Mesir.
“Ketika bertanya mengapa menangis, jawapan budak itu membuatkan akal saya seakan tercabar kerana dia menjawab mahu pulang ke rumahnya di genting Gaza, menemui ibu dan saudaranya yang lain.
“Keesokan harinya apabila kembali ke tempat Zeynah, saya diberitahu dia kembali masuk ke Gaza bersama bapanya. Sikap mereka ini wajar diteladani. Biarpun berdepan risiko dibunuh dan sengsara akibat kepungan rejim Israel, tetapi kecintaan terhadap Palestin membuatkan mereka sanggup meredah masuk ke Gaza yang bergolak selepas mendapatkan rawatan.”
....................
sedih!sebak.murah benar air mataku ketika itu. terbayang adik-adik di rumah andai malaysia menjadi seperti gaza............ahhh, yahudi memang kejam!!! perbuatan mereka sememangnya sudah melanggar syarat-syarat perang kerana sengaja membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. meletak tepi sensitiviti sebagai manusia biasa untuk menolong orang dalam kecederaan.tiada hatikah mereka?????(sangat-sangat geram dan bingung memikirkan nasib saudara-saudara kita di sana.... =S )
tapi, yang amat aku kagum melihat kecekalan hati rakyat palestin dalam mempertahankan negara mereka biarpun beribu-ribu bom menghujani mereka sejak dulu lagi. mereka tetap tegar dan tidak lari dari medan perang. malah berlumba-lumba untuk mengecap kemanisan syahid! alangkah beruntungnya sekiranya kita semua juga punya kekuatan hati yang luar biasa itu.........(tak macam aku, belum apa-apa sudah mahu mengalah dalam jihad menuntut ilmu.. *malu pada mereka* astaghfirullah! =( )
["Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah - ]
p/s:kalolah aku secekal itu...... =(
Posted by peesee86 at 5:36 AM 0 comments
Friday, January 16, 2009
~~ selamat ulang tahun ke 24-kak fatimah..waahhaaa!! =D
(fatimah yang bertudung putih bersama kak aisyah..)
asalnya, pada 15 januari, aku dijadualkan terbang ke dublin untuk membuat suprise birthday party untuk fatimah(awww...i know i'm sweet fatimah! hehehe.. =P).namun, dek kerana kecuaian aku yang tersalah melihat jam dan tercicir beg dompet di rumah abangku,terpaksa aku melambai pergi kapal terbang itu dengan hati yang tak rela dan menunggu penerbangan seterusnya pada keesokan hari..............maka, terpaksalah membatalkan niat suci aku itu(heh! =P)
untuk mengurangkan rasa bersalahku pada fatimah(kerana tertinggal flight dan hadiah untuk die yang tak kunjung tiba kerana beli on9 .... =P), aku pun menyelak catalog untuk mencari substitute..dan mataku tertangkap pada gambar di bawah.....
lantas, aku dan kak fara terus ke shopping complex dan dengan girangnya aku membeli handphone itu!weee~~ (kerana tau, fatimah akan rasa terharu denganku...hehehe.. perasan pulak! =D)
tetapi, dipendekkan cerita, aku sebenarnya telah memilih handphone ini untuk dia(sila lihat di bawah..).sayangnya, disebabkan beberapa masalah teknikal yang sehingga kini tidak kuketahui, handphone itu tidak kunjung tiba(lagi!), jadi, aku membuat keputusan membeli yang lain sahaja...... ( kesian pulak sebab da kasi harapan kat fatimah yang tak pernah dapat handphone baru.. heheh..sory la, terbocorkan rahsia u.. =P)
jadi, sekarang.dia harus memilih antara dua.yang mana lebih, ku ambil ya! =P (handphone ku pun merajuk agaknya, tiba-tiba saja mau tido, tak bangun2..ades!! =( )
owh, lupa pula. sebelum aku menutup entri ini,mahu menulis sepatah dua khas buat kakak kesayanganku, KAK FATIMAH!(hehehe..sesape yang memahami yang tersirat, sila senyum nampak 2 batang gigi sahaja.. =P) :
Dearest fatimah,
happy 24th birthday! thanks for being the world's greatest sister for me for the whole 24 years.may the number(age)reflects the signs of ur maturity, strengthens your faith to Allah, enhances ur beauty and sharpens ur intelligence...and,i hope, even when we are perhaps in the 90s,u will still be there for me when i need u the most.. (sob..sob.. =( )There is no better friend than a sister. And there is no better sister than you.
love always,
maryam sakinah mohamad rom
the 3rd of 10
[An older sister is a friend and defender - a listener, conspirator, a counsellor and a sharer of delights. And sorrows too. ~Pam Brown]
p/s: semakin besar, semakin nampak hikmah mempunyai ramai adik beradik..walaupun dulu,pernah terfikir untuk menjadi anak tunggal! hehehehe.. =P
Posted by peesee86 at 7:12 PM 0 comments
sebesar-besar dugaanku, besar lagi dugaan mereka.. ..
hampir sepurnama aku membawa diri jauh dari teratak burukku di moscow(itulah sebabnya blog ini juga layu tanpa kaseh sayangku.... =P ).kini, aku tiba di destinasi kedua terakhir sebelum pulang semula ke dunia realiti yang mencengkam jiwa.terasa pantas benar masa berlalu.sejujurnya, andai diberi pilihan,mahu saja aku terus berkelana sendirian...tidak mahu ku toleh lagi... meninggalkan jauh semua di sana. biarlah apa kata mereka.asalkan aku bahagia.hatiku, hanya Allah yang tahu..............
dalam aku penuh emosi itu, syukur fatimah di sisi, memujuk rajuk hati. kata kakakku " maryam, setiap orang pun ada problem sendiri. but, its all about handling it.try to take it positively.we have to always remember masalah kat palestin tu jauh lagi besar compare dengan kite ni..". mendengar kata-kata kakakku.. sejuk perasaanku. terngiang-ngiang juga suara temanku didi (padaku yang keserabutan tempoh hari) " you know what,we are actually creating our own problems tau because we have nothing left to worry. we have enough food,money, tempat tinggal yang selesa..yang kat palestin tu, do u think diorang fikir who to marry? they only think about food.and how to survive. they cant even think of s*x!" (terasa lucu pula ayat yang terakhir itu... =P )aku mengangguk tanda setuju. dan ,kami meneruskan bualan kami berkisar tentang kemelut gaza yang sudah meragut nyawa lebih 1100 orang......[lebih baik memikirkan masalah umat dari masalah hati dan perasaan.. =) ]
tapi benar bukan? dalam kesenangan hidup kita ini, saudara-saudara seislam kite pula bertarung nyawa,bermandikan darah di palestin.tanpa belas, yahudi membunuh mereka dengan alasan-alasan yang tidak diterima akal.tanah mereka di bom tanpa mengira tempat(sekolah, masjid, hospital) dan penduduk awam.biar pemimpin-pemimpin dunia mengecam tindakan mereka, mereka tidak peduli. bagi mereka, selagi tanah itu tidak di peroleh, selagi itulah mereka tidak akan berhenti.jika mahu harapkan Amerika yang kononnya polis dunia untuk menghentikan jenayah perang ini,alamatnya menunggu sehingga kucing bertanduklah kita! masakan tidak,yahudi juga adalah dalang pada US! negara-negara arab pula? aahh.. mereka hanya mementingkan kepentingan negara mereka sahaja(ekonomi mereka juga dimonopoli oleh orang putih yang mempunyai pengaruh yang kuat)!! (sila baca dengan nada geram dan benci!!)
jadi, apa kesudahannya?????adakah kita mahu menunggu sahaja sehingga habis mereka semua dibunuh(kerana tahu tidak mungkin mereka akan berhenti dan tidak yakin dengan usaha-usaha kita yang sedikit cuma) atau ikhtiar sesuatu yang berkemungkinan membantu mereka biarpun peluang itu hanya 0.00000000000000001%(boikot,doa, derma,demonstrasi)? TEPUK DADA,TANYA SELERA......=)
[kunci pada kejayaan: usaha, doa dan tawakal.ya ALLLAH, kau selamatkanlah saudara-saudara seislamku dari yahudi yang kejam. berikanlah mereka kekuatan dalam menghadapi dugaanMu yang besar itu.sesungguhnya Kaulah sebaik-baik penolong.]
p/s: semoga kita semua diberi taufik dan hidayah untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita di sana, insyaAllah.
Posted by peesee86 at 12:26 PM 0 comments