cuti musim panas yang lalu,mak sering mengingatkan aku "maryam, mak tengok u asyik beli handbag mahal-mahal je.better u spend ur money on emas daripada beli handbag. kalo beli emas, ade faedahnya.its a long term investment. kalo beli handbag,u gune paling lame pun setahun, then dah tak gune. membazir duit je nanti.".........
lantas, ketika aku membuat praktikal di hospital serdang,aku singgah sebentar di alamanda dan membeli seutas gelang dari habib jewels.(kujie yang menemani aku menggeleng kepala,merasa bahawa aku seperti maknye..*sowie kujie* heh!=P)sejurus pulang,terus ku tunjukkan pada mak gelang emasku.mak hanya mampu tersenyum......haihh anakku ini, sekali cakap terus buat! *aku memang suke membeli belah!*..weee~~ =D
sejak kecil lagi sebenarnya,minatku pada emas tidak pernah padam. tiap kali menjelang aidil fitri, che mah selaku penjual emas akan mempertonton set-set barangan kemas yang berkilauan untuk dipilih dan dibeli di kalangan sanak saudara.al maklumlah,perempuan kelantan dan emas memang tidak dapat dipisahkan!emak selalu memberi kami peluang untuk memilih apa sahaja, baik rantai,gelang, mahupun cincin. dan, setiap kali itulah, aku memilih pelbagai jenis. (aku memang suke variasi dalam apa jua.. heh!=P)dalam kesibukan membelek-belek rantai dan cincin,kubertanya pada ibu serba serbi tentang emas..(oke3, aku tau aku matang awal dari usia! B-) )
ibu berkongsi ilmu.celoteh ibu "emas ni harta. kalo ada perang ke, ekonomi meleset ke, tak cukup duit ke, boleh di gadai bila-bila masa. tapi,bukan semua emas. emas kuning je. dan, emas ni, nilai die takkan jatuh merudum kalo nak compare dengan duit." aku diam, tanda setuju. ketika itu, nilai emas adalah rm36 untuk 1 gram.(dan waktu ku beli tahun lepas, 1 gram = rm107..dalam masa 12 tahun nilainya naik sebanyak 3 kali ganda..uisshh! kalo kutahu, dah lame ku borong banyak2 zaman mude2 dulu! huahuahau! =D)
jurujual habib jewels itu juga nampak minatku pada emas dan mula bercerita "adik, emas ni, ada macam-macam jenis.tapi yang bole di jual balik cuma yang 916(22 karat).nak bezakan die,senang je.kite tengok kilauannya dan kelembutannya. kalo barang kemas yang takde batu ape-ape,tulah emas 916!"(owh baru kutahu.. jadi, selama ini, aku telah tersilap memilih..adess! =/ingatkan lagi ade batu, lagi bernilai..hohoho!)
sedihnya, rata-rata teman sebaya tidak berkongsi minat yang sama.cuma nadia sahaja.hati mereka lebih tertarik pada emas putih yang tampak lebih mewah![harganya dua kali ganda,tetapi tiada nilai apabila di gadai].namun, itu tidak membantutkan perasaanku pada emas kerana bagiku,emas kuning bukan sahaja harta yang berguna apabila dalam kesusahan, tetapi juga perhiasan diri yang mampu menaikkan seri empunya diri! *tersengih perasan* =P
[ "As fewer and fewer people have confidence in paper as a store of value, the price of gold will continue to rise."
Jerome F. Smith]
p/s: entri ini untuk memberi kesedaran tentang kepentingan emas, lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi dunia kini.. so, kawan-kawan,kite borong emas jom!! =D
Monday, January 19, 2009
~~ emas.. DULU,KINI, SELAMANYA....
Posted by peesee86 at 6:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment