tiap kali, aku diperkenalkan pada kawan-kawan kakakku,(baik di dublin atau malaysia) pasti ramai yang berkata.. " timah, lainnya u dengan adik u..kenapa adik u lemah lembut,tapi u tak?" kembang hatiku tatkala menerima pujian sebegitu.(heh!=P).dan aku pula, tiap kali aku mempertemukan teman-temanku dengan fatimah, respon mereka juga boleh tahan pedasnya " maryam,kenapa maryam tak sealim fatimah?fatimah nampak baik je.. " fatimah hanya tersengih di sebelahku bak kerang busuk sedang aku terkulat-kulat mencari-cari mana mahu letak muka!(*dush3*<< sambil mengetuk2 jantungku dengan genggaman tangan kananku>> =P )
memang tidak dapat dinafikan,kami amat berbeza.orang luar nampak dia sebagai seorang perempuan yang baik, alim, serius, bertanggungjawab,tegas,simple dan sebagainya. aku pula,pada kaca mata umum digambarkan sebagai seorang gadis yang lemah lembut, manja, cerewet, kewanitaan, nakal, complicated dan lain-lain........TAPI,BENARKAH KAMI BEGITU??kamu3, jangan terburu-buru membuat rumusan ye! bukankah pandangan pertama tidak selalunya tepat? ( kepala aku ligat mencari idea untuk membela diri sendiri!=P)
Okay, point pertama.sebenarnya fatimah tidaklah seserius yang terpancar pada wajahnya.sedari kecil, bagi kami, fatimah adalah jenis yang tidak pernah serius! [malah pernah emak menggelarkan dia ibarat "joker" kerana selalu membuat lawak..] selalu aku katakan padanya die lebih sesuai menjadi lawyer daripada doktor kerana tidak dapat menahan keloyaran buruknya. betul ni, tak tipu!*sambel ketawa sorang2 mengingat zaman kecik2 dulu =D*dengan hanya melihat riak wajahnya sahaja mampu membuat orang sekeliling ketawa terkehek-kehek.dan, apabila kami berborak berdua, pasti satu bilik di temani dengan hilai ketawa kami! (sampai saket perut tahan gelak duduk kat dublin ni! =P).
point yang kedua pula.fatimah juga tidaklah setegas yang disangka!(hohoho..i'm spilling the beans.. habeslah u! =P) di rumah, adik-adik lebih takutkanku berbandingnya kerana kelantangan suara dan kegaranganku(ini tegaskah? =P).jarang aku memberi muka pada mereka lebih-lebih lagi dalam proses mendisiplinkan mereka. seperti contoh,andai ku rasa terlalu lama mereka menonton tv, aku tidak akan teragak-agak untuk menutupnya biar kutahu selepas itu akan menjerit dan memekiklah adik-adik kecilku.(owh, itu baru contoh yang kecil..B-) ) dan,selepas mereka menenangkan diri dengan sendirinya, barulah ku beritahu sebab asbab aku lakukan semuanya.(tengok,aku juga seorang kakak yang bertanggungjawab! =P)
tapi, tahukah anda manusia ini complex dan hipokrit(ya kah?)?di rumah(atau bersama-sama ahli keluarga),memang lain benar pe'elnya! aku ambil case sample adik beradik lelakiku. (sorryla korang!.. =P)bersama teman sepermainan dan rakan-rakan di sekolah,bukan main lagak machonya! belasah budak sana sini![sehingga di panggil oleh guru besar dan hampir di buang sekolah] tetapi,pulang ke rumah, secara automatiknya kelakuan mereka berpusing 180'. pijak semut pun tak mati. pantang ditegur emak(atau aku),berjurai-jurai air mata mereka menegakkan benang yang basah! (sebab tulah kalo tengok org lelaki yang bajet cam cool, terasa kelakar! =P)kemana hilangnya ke'cool'an dan kemachoan mereka? owh, itu jangan tanya aku......................(hahahah! *u guys just made my day!* =P)
maka,pesanku.. kendatipun anda melihat seseorang begitu sempurna,jangan terlalu pandang tinggi pada dia, kelak anda yang kecewa.....kerana, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. =) (walaupun fatimah selalu kate die sempurne! cheh! =P)
[no one's perfect but love makes someone imperfect perfect]
p/s: rindu pada malaysia.. =/
Tuesday, January 20, 2009
~~hipokritkah?
Posted by peesee86 at 11:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment