sebelum aku bertolak ke newcastle pada 11 januari yang lalu, sempat juga aku membaca satu dua artikel berkenaan krisis gaza.satu per satu laman web aku buka. kemudian tajuk berita 'Budak kena tembak di kepala' di laman berita harian, membuat degupan jantungku terhenti seketika.................
'Budak kena tembak di kepala'
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
nur@bharian.com.my
Pengalaman Mercy lihat askar Zionis lakukan pembunuhan
KUALA LUMPUR: “Kami menyaksikan sendiri bagaimana seorang budak lelaki Palestin berusia kira-kira 10 tahun ditembak di kepala oleh askar Israel.
“Askar Zionis itu bukan tersalah tembak tapi mereka memang berniat membunuh apabila menembak tepat di kepala anak kecil itu.”
Inilah antara pengalaman tragik Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Jemilah Mahmood dan dua rakannya yang baru tiba dari Rafah selepas menyempurnakan misi 10 hari penghantaran sumbangan perubatan kepada mangsa keganasan terbaru rejim Israel di Semenanjung Gaza yang sudah berlanjutan lebih seminggu lamanya.
Pada satu sidang media di sini, semalam, Dr Jemilah berkata, apa yang menyebabkan mereka tersentuh adalah semangat juang rakyat Palestin termasuk golongan kanak-kanak yang cekal untuk meneruskan kehidupan biarpun berdepan ancaman maut akibat keganasan Israel.
Kecekalan itu ditunjukkan seorang budak perempuan yang hanya dikenalinya sebagai Zeynah, yang menangis di katil hospital.
DR JEMILAH membantu mangsa yang cedera di Hospital Al-Arish, Mesir.
“Ketika bertanya mengapa menangis, jawapan budak itu membuatkan akal saya seakan tercabar kerana dia menjawab mahu pulang ke rumahnya di genting Gaza, menemui ibu dan saudaranya yang lain.
“Keesokan harinya apabila kembali ke tempat Zeynah, saya diberitahu dia kembali masuk ke Gaza bersama bapanya. Sikap mereka ini wajar diteladani. Biarpun berdepan risiko dibunuh dan sengsara akibat kepungan rejim Israel, tetapi kecintaan terhadap Palestin membuatkan mereka sanggup meredah masuk ke Gaza yang bergolak selepas mendapatkan rawatan.”
....................
sedih!sebak.murah benar air mataku ketika itu. terbayang adik-adik di rumah andai malaysia menjadi seperti gaza............ahhh, yahudi memang kejam!!! perbuatan mereka sememangnya sudah melanggar syarat-syarat perang kerana sengaja membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. meletak tepi sensitiviti sebagai manusia biasa untuk menolong orang dalam kecederaan.tiada hatikah mereka?????(sangat-sangat geram dan bingung memikirkan nasib saudara-saudara kita di sana.... =S )
tapi, yang amat aku kagum melihat kecekalan hati rakyat palestin dalam mempertahankan negara mereka biarpun beribu-ribu bom menghujani mereka sejak dulu lagi. mereka tetap tegar dan tidak lari dari medan perang. malah berlumba-lumba untuk mengecap kemanisan syahid! alangkah beruntungnya sekiranya kita semua juga punya kekuatan hati yang luar biasa itu.........(tak macam aku, belum apa-apa sudah mahu mengalah dalam jihad menuntut ilmu.. *malu pada mereka* astaghfirullah! =( )
["Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah - ]
p/s:kalolah aku secekal itu...... =(
Saturday, January 17, 2009
kecekalan hati anak palestin
Posted by peesee86 at 5:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment