masih kuingat zaman-zaman nakalku di jasin dulu. pernah aku minat pada si jejaka idaman malaya. wajahnya yang tenang,manis, sedap mata memandang ,memikat kalbuku untuk mengetahuinya dengan lebih dekat.bermula dengan lirikan mata yang menggoda,kemudian berbalas-balas senyuman. tiap kali berselisih dan bertentang mata,berdegup kencang hatiku!mahu juga untukku memula bicara,tapi ku tahu, die seorang yang pemalu dan jarang bergaul dengan perempuan. maka,dalam keterpaksaan,ku batalkan saja hasrat itu.... kami cuma bermain mata dan melirik manja sehinggga tamat spm..dan akhirnya,selepas spm....(sesuatu terjadi)..dan perasaan itu terkubur begitu sahaja...........(owh, melepas aku! agak2, kalo bgtau, camne ey?hehehe =P)
jadi,apa pandangan kamu?adakah aku di anggap perigi cari timba? ey,jangan takut! jujur sajalah padaku.sungguh,sebahagian dalam diriku menyesal kerana tiada kekuatan untuk mendekatinya, dan sebahagian pula berkeras mengatakan bahawa dialah seharusnya memulakan langkah.(tapi, nak buat macam mana, sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian, tidak berguna..*hurm*).
tapi, lain kisahnya dengan kawan rapatku .dia punya kekuatan luar biasa itu. saban hari,berdikit-dikit die menyusun strategi mengambil hati si laki-laki supaya jatuh chenta padanya.hari berganti hari,minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.sudahnya,setelah beberapa purnama, dengan jayanya si laki-laki cair pada pujuk rayu si perempuan! owh sahabat,kamu memang hebat!*sambil menunjukkan ibu jari tanda kemenangan =D*
namun begitu, tidak adil andai aku ambil cerita di sebelah perempuan sahaja,kan? abang angkatku yang kacak lagi bergaya(oke3, abang tak yah nk kembang lebih2 ye, sikit2 cukup.. =P) pernah juga berkongsi pengalaman bagaimana gadis-gadis mahu mengoratnya.dek kerana kecuakan yang melampau, die terus menekan minyak dan memecut laju meninggalkan si gadis terpinga-pinga. abang betulku juga mengulang cerita yang hampir sama. hmm.. mengapakah? adakah kerana di lihat perempuan yang terlalu berani sebagai ancaman pada sifat mereka yang sejak azali sebagai pemburu? atau,adakah gadis2 yang mengejar mereka tidak cukup berdahi licin dan menggiurkan? wahai kaum adam sekalian,silalah jawab soalan ini. kerana kami,kaum hawa, memang tidak mengerti...............*kebingungan merenung siling dan menggigit2 kuku* =S
cuma satu,dari hikayat-hikayat di atas, dapat ku simpulkan bahawa dalam proses memburu si mangsa, haruslah kena pada caranya.baik si dara mahupun teruna.(AMARAN:untuk perempuan, janganlah terlalu berani seperti dalam video di bawah).pesanku, solatlah istikharah sebelum mula untuk mendekati bakal pasangan hidup masing-masing kerana andai dialah jodoh buat anda, insyaAllah urusan menyunting sebagai permaisuri(raja =P) hati akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T .(chewah! glee matangnye aku! hahahah =P) baiklah, sudah penat rasanya jari jemariku menari-nari di atas papan kekunci ini.sebelum aku melambai pergi, ku hadiahkan buat kalian satu video yang direkemen oleh member didi....(tapi, sesape yang belum 18, jangan tengok ye..hohoho.. =P) selamat menonton! [jangan judge aku yeh..aku tak perfect! hahahaha *seskema skema aku, nakalnya tetap ade* =P]
[Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu”]
p/s: semoga sifat maluku tidak terkikis di telan usia..
Wednesday, January 21, 2009
~~perigi cari timba.. ::dilema wanita kini::
Posted by peesee86 at 5:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
cik peese. kalo kamu mahu, pergilah. setiap benda ada risiko.
bak kata satu pepatah
"perjumpaan itu bersyarat, perpisahan itu mutlak"
fahami maksud diatas dan kamu xkan sia2kan peluang yg diberi. sekian!
salam sweet thinker..
trime kasih atas pesanan itu..
akan kuingat sampai ke akhir hayat.. =)
xslh try kalau kita rasa dia yg terbaik..
tp utk judge lelaki tu sbg yg terbaik, perlu pengalaman yg bnyk..
klu try pd laki yg dah sah2 jenis suka mengutuk n x respect ppuan--silap bear le..ye x?
P/S:kdg2 silap jg..hihi
~~ salam khalil..
terima kasih kerana menyinggah.. =D
betul kata kamu..
sebab itulah, untuk mendapat yang terbaik, kita kene jadi baik dan sentiasa berdoa pada Allah untuk jodoh yang sesuai dengan fitrah kita.. =)
owh, dan.. kalo die betul2 sesuai, kita ikut cara yang betullah untuk mendekati.. *wink3* =P
Post a Comment