malam ini, buat pertama kali dalam sebulan ini, aku merasa amat marah,geram, sedih.kepada siapa? usah di sebut nama kerana aku tidak suka mengaibkan orang.dalam kekecamukan hati,tiada pilihan.. terpaksa ku luahkan pada blog ini..(congratz to you coz u just pushed my button! =()
aku tak tahu di mana silapku sehingga dia membenci ku sedemikian rupa.terhiris juga hati apabila seseorang yang kuanggap sebagai member dengan tiba-tiba sanggup berkata "aku benci ko".aku tergamam.tanpa pucuk pangkal, aku di biar terfikir-fikir di mana silap aku padanya.ya, aku tahu.aku mungkin ade tersilap cakap tempoh hari, tetapi itu hampir sebulan yang lalu. dan kini, dek kerana melihat dia seperti punya kekusutan, aku bertanya khabar.dan niatku mengambil berat di balas dengan kata-kata sebegitu rupe.salahkah aku? aahh.. benar-benar aku keliru...sungguh aku tak faham jiwa lelaki melayu moscow!
aku dah tak larat untuk berteka teki tentang mereka lagi. cukuplah. tapi, aku juga tidak senang hati apabila ada yang membenci. aku bukan sempurna.aku tahu aku punya kekurangan. tapi, jangan layanku sebegitu rupa.aku juga punya perasaan.aku hanya seorang manusia yang cepat terasa apabila ada yang tidak suka.. dan kini,ya. aku memang terasa.
[terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, buruk padahnya]
p/s: memang da jauh hati dengan moscow.. =/
Monday, January 19, 2009
~~malam yang emosi
Posted by peesee86 at 4:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment