belum sempat aku naik ke atas untuk beradu sesudah selesai membakar muffin rasberry, ym ku di buzz seseorang.DING!!aku tersentak.siapakah gerangannya yang menegur di tengah-tengah kekelaman malam?monologku sendirian..lantas, terus ku dekati komputer riba kakakku dan seraya itu terlihat...... ya Allah, DIA!! (maseh terkejut,tak percaya!) ....siapa dia?dia yang pernah aku benci teramat satu ketika dahulu di jasin. dia yang pernah membuatku nekad menjauhkan diri daripada jejaka-jejaka kelantan. dia yang mendoktrinkan fikiranku bahawa lelaki adalah makhluk ciptaan Allah yang paling ego dan poyo di muka bumi!....ye, memang dia.... *jantung berdegup kencang, tangan sesejuk salju* (oke2, itu hanya exaggerating,omputeh kate nervous aaa.. =P)
namun,tidakku nafikan. apabila die menegur di ym,hatiku berbunga. bahagia.riangnya,tidak terkira! owh,jangan salah faham. bukan aku punya hati padanya.tetapi, perasaan ini lain.jasad di awang-awangan,hati pula terasa ringan. mungkinkah ini hikmahnya berbaik semula dan saling bermaafan? *sambel tersenyum simpul* =)
mengimbau kembali zaman-zaman keanak-anakan kami di jasin hampir 6 tahun dahulu,aku malu pada diri sendiri.(betul3!! *macam upin dan ipin* =P)sepanjang kami bertegang urat bagai anjing dengan kucing, terlalu banyak onar yang kami lakukan antara satu sama lain;kutuk mengutuk,umpat mengumpat, benci membenci,pulau memulau.lebih memburukkan keadaan, kami berkongsi homeroom dan kelas, jadi, nak tak nak, terpaksa juga menghadap dia saban waktu.betapa aku mahu menunjukkan protes dan kemualan,mukaku yang sentiasa diserikan dengan senyuman manis(heh! =P) terus menjadi semasam cuka sebaik melangkah masuk ke kelas! pn zaidah selaku umi kami hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah kami dan selalu mengusikku.. "yam, jangan benci-benci sangat. nanti, mana tau satu hari nanti, yam kawen dengan die.." belum sempat umi meneruskan bicara,terus aku membantah " umi,kalolah tinggal satu je lelaki kat dunia ni pun, maryam lagi sanggup tak kawen dari kawen dengan die!" aku memang emosional. al maklumlah,jiwa remaja! (hehehehe.. nampak kan betapa tak matangnya aku dulu! hohoho.. =P)
dan,kini, setelah 6 tahun berlalu dia menegurku sopan(melalui ym..).hanya dengan satu sapaan itu,dalam sekelip mata,hilang semua perasaan tidak senangku padanya! ajaib kan?memang sudah lama ku maafkannya tetapi biasalah,bersisa juga perasaan benci kadang kala. tapi kini, tidak lagi.malah aku rasa selesa pula dengannya! memang betullah kata orang,lagi kita tak suka, lagi tulah kita akan di uji dengannya..dan kerana itu, aku tidak mahu lagi membenci sesiapa biar mungkin ada yang tidak berkenan denganku.aku pernah mengumpul kebencian dalam hati dan aku tidak sanggup mencengkam jiwaku dengan perasaan itu lagi.kerana kamu, aku tidak membenci dan mampu mengecap manisnya kemaafan itu! terima kasih, souji! =D
[“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Surah an-Nur Ayat 22 ]
p/s: mahu sentiasa berlapang dada dan bersangka baik..ingatkan aku kalo aku terbenci orang! =P
Wednesday, January 28, 2009
~~ manisnya kemaafan itu~~
Posted by peesee86 at 8:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
huhuu...ape jadi nihh..
huhu yunaa...
seperti kutahu siapa kamu.. *wink3*
Post a Comment