Penyakit mental: Bomoh lebih dipercayai
K
UCHING 15 Dis. – Kepercayaan masyarakat kepada hantu, jin dan semangat jahat menyebabkan rawatan bomoh dan pawang lebih dipercayai oleh masyarakat untuk mengubat penyakit mental berbanding rawatan moden.
Ketua Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Ling How Kee berkata, rawatan moden di hospital kerajaan dan swasta menjadi pilihan terakhir untuk mengubat penyakit jiwa, gila dan gangguan perasaan.
‘‘Penyakit mental sering dikaitkan dengan perbuatan sihir, ilmu hitam oleh pihak-pihak tertentu atau rasuk oleh semangat jahat.
‘‘Ada yang menolak sama sekali kaitan faktor kesihatan dengan penyakit itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pelbagai Rawatan dan Bantuan Penyakit Mental’ pada Persidangan Kesihatan Mental, di sini, hari ini.
Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai oleh 300 peserta dari seluruh negara termasuk dari Indonesia dan Brunei.
How Kee berkata, kepercayaan itu yang masih tebal di kalangan masyarakat khususnya di negeri ini menyebabkan khidmat bomoh dalam masyarakat Melayu, manang (Iban), pimpuri (Bidayuh), abayoh (Melanau) dan tangki (Cina) masih dipegang kuat.
this is why its difficult to diagnose and treat the mentally ill people in malaysia..eventhough doctors have forked out a tremendous effort all along their way in med school and doing some researches,the superstitious believes blend in their lives so well, they just couldnt get rid of it.. malaysians just dont appreciate the doctors..and, i'm not sure whether is there any ways to make them believe in us... :-(
Saturday, December 15, 2007
any ideas to help them?
Posted by peesee86 at 3:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment